Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (tépak) 1. sj bekas rokok (tembakau dll) yg dibuat drpd daun pandan dll, celepa; 2. = ~ sirih sj kotak kecil (drpd kayu, logam, dll) utk bekas sirih; ~ jorong bekas sirih yg bulat dan panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), Fissis-tigma cyclindricum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang menampar atau menepuk; menepak 1. memukul (menangkis) dgn telapak atau belakang tangan: ~ pukulan; ~ senjata; 2. (Sunda) menepuk, menampar: ~ muka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /tépak/ 1 bekas yg dibuat drpd daun pandan dll utk tempat rokok, tembakau dsb; celepa. 2 = ~ sirih kotak kecil yg dibuat drpd kayu, logam dll utk tempat sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepak

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEPAK SIRIHAlatan tradisionalKESENIANAlat/Alatan
PUANPuan, tepak sirih yangdiperbuat dan direka bentuk khas menggunakan perak dan emas. Saiz puan lebih besar daripada tepak sirih biasa. Puan diperbuat dalam bentuk bulat dan berkaki seakan-akan pahar. Ada yang berbentuk bersegi-segi dan segi empat bujur dan ada juga yang dibentuk melambangkan seekor burung.BUDAYAAlat/Alatan
KACIP

KACIP, alat untuk membelah dan menghiris pinang yang biasanya diletakkan dalam tepak sirih. Kacip dapat dibahagi kepada tiga bahagian penting, iaitu kepala, badan dan pemegang. Kacip berfungsi seperti gunting tetapi bentuknya berbeza-beza. Kacip mempunyai dua badan yang berasingan yang dicantum menggunakan kancing yang dimeteri di hujung atau kepala kacip.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas