TEPUNG JAGUNG | Tepung jagung ialah tepung halus putih yang dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung. Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang bahagian yang mengeluarkan biji benih yang dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas dibuang protein jagung, tepung jagung yang tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk melindunginya daripada lembapan. Pembuat menggunakan tepung jagung dalam keluaran berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad. Tukang masak menggunakannya untuk memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga menggunakan tepung jagung dalam bahan letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri pengilangan basah). | UMUM | |
TEPUNG | Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar tepung dibuat daripada gandum dan digunakan untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat, beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek. Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan di dunia, dan penduduk di banyak negara memperoleh lebih daripada separuh khasiat daripada makanan yang dibuat daripada tepung. | UMUM | |
KUMBANG TEPUNG | Kumbang tepung ialah mana-mana satu daripada beberapa kumbang kecil, kemerahan, dan leper yang hidup dalam tepung, mil dan keluaran bijirin. | UMUM | |
TEPUNG UBI KAYU | Tepung ubi kayu ialah kanji makanan yang banyak digunakan untuk membuat kuih. Ia diambil daripada akar ubi kayu, iaitu tumbuhan tropika dalam famili yang sama dengan kacang jarak . Kuih yang dibuat daripada tepung ubi kayu adalah berkhasiat dan mudah dihadam. | UMUM | |
TEPUNG TAWAR | TEPUNG TAWAR, sejenis bahan atau ramuan yang digunakan dalam perubatan tradisi dan acara ritual orang Melayu. Tepung tawar dibuat daripada beras yang dibancuh dengan air. Tepung tawar harus dibuat dengan tertib, cermat dan dimulai dengan bacaan bismillah. Biasanya tepung tawar dibuat beberapa minit sebelum digunakan. Tepung tawar dibuat khusus untuk sesuatu tujuan atau acara sahaja. | BUDAYA | Konsep |
SAGU | Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah yang mampung atau empulur, daripada pelbagai pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan masakan komersial. Tepung sagu digunakan kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan utama orang Hindia Timur. | UMUM | |
SIRAP JAGUNG | Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses makanan menggunakannya untuk memaniskan makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan banyak makanan yang lain. Sirap jagung menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia juga menarik dan membendung lembapan, dan dengan itu ia membantu mencegah makanan berbakar daripada menjadi keras. | UMUM | |
SERBUK PENAIK | Serbuk penaik ialah serbuk putih yang digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik . Tukang masak menambahkannya kepada adunan tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung ini mengembang apabila ia dipanaskan dan menjadikan adunan naik. | UMUM | |
PASTA | Pasta ialah makanan yang dibuat terutamanya daripada tepung dan air. Ia wujud dalam lebih daripada 100 bentuk dan saiz. | UMUM | |
PASTRI | Pastri dibakar daripada doh yang keras, pendek yang pada dasarnya terdiri daripada tepung, garam, lelemak, dan air. Doh ini dibakar menjadi pastri biasa, pastri berkelopak, atau pastri paf. | UMUM | |