PIRANESI, GIOVANNI BATTISTA | Piranesi, Giovanni Battista ( 1720–1778), pelukis gambar teraan yang terkenal kerana karyanya tentang seni bina Rom lama. Hasil karya tersebut mendorong arkitek untuk meniru corak seni bina Rom lama dan mempengaruhi gaya neoklasik dalam seni pada tahun 1700-an. | UMUM | |
METERAI | Meterai ialah alat yang mempunyai reka bentuk atau huruf untuk teraan (dicap) pada kertas, lilin, atau logam. Meterai selalunya dicap pada dokumen rasmi dan penting bagi membuktikan dokumen itu sahih. Kebanyakan negara di dunia ini serta banyak bandar, negeri, wilayah, jabatan penting, serta syarikat perdagangan mempunyai meterai. | UMUM | |
LILIN TERA | Lilin tera digunakan untuk menera dan mengegam surat dan dokumen serta untuk mendapatkan teraan daripada meterai (lihat Meterai). Lilin ini boleh dibuat daripada rosin, syelek, turpentin, magnesia, kapur, atau gipsum. Lilin ini juga boleh digunakan untuk mengedap botol dan balang. | UMUM | |
OFSET | Ofset ialah proses percetakan apabila percetakan mula-mula dilakukan di atas permukaan getah silinder yang berputar. Teraan itu kemudian dipindahkan ke kertas dengan tekanan silinder yang lain. Istilah ofset menjelaskan pindahan itu, atau pengofsetan dakwat dari satu plat cetakan kepada getah dan kemudian kepada kertas. | UMUM | |