PUSHKIN, ALEXANDER | Pushkin, Alexander (1799–1837), dianggap penyair Rusia yang teragung. Pushkin lebih dikenali kerana puisi naratifnya yang panjang. Dia juga menulis banyak puisi lirik pendek yang indah, drama berpuisi, dan cerpen prosa. Beberapa buah hasil karyanya menjadi ilham kepada beberapa orang penggubah Rusia yang teragung dalam menghasilkan balet dan opera. | UMUM | |
KANISHKA | Kanishka ( ? M.–160 M.?), pemerintah teragung Empayar Kushan, yang diasaskan di negara yang kini dikenali sebagai Pakistan, Afghanistan dan barat daya India dari tahun 50 M. hingga pertengahan tahun 200 M. | UMUM | |
REMBRANDT | Rembrandt (1606–1669) ialah pelukis Belanda yang teragung. Karya Rembrandt amat banyak dan para sarjana menganggap bahawa dia telah menghasilkan 600 catan, 300 goresan, dan 1400 lukisan. Banyak karya yang lain telah hilang. Tidak seperti sesetengah pelukis agung yang lain, Rembrandt tidak menulis sesuatu pun tentang seninya. | UMUM | |
RAMAYANA | Ramayana ialah salah satu daripada dua puisi epik yang teragung di India. Satu lagi ialah epik Mahabharata . Wira Ramayana ialah Rama, putera dan waris takhta seorang raja India (lihat Rama ). Rama lahir di negara Ayodhya (dahulunya Oudh, kini sebahagian daripada Uttar Pradesh). Visvamitra, guru Rama yang bijaksana telah mengajarnya prinsip yang harus dipatuhi untuk menjadi raja. | UMUM | |
NUREYEV, RUDOLF | Nureyev, Rudolf (1938–1993) ialah salah seorang penari balet teragung pada tahun 1900- an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti persembahannya yang menarik dan teknik tarian yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun 1962, dia mula menari berpasangan dengan balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame Margot Fonteyn. Mereka mengadakan persembahan bersama-sama dalam balet seperti Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai koreografer (penggubah tarian), Nureyev mencipta versi baru beberapa balet, termasuk Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda. | UMUM | |
AKBAR | Akbar (1542–1605) ialah Maharaja Mughal ketiga dan yang teragung di India. Selama 49 tahun pemerintahannya, dari tahun 1556 hingga kemangkatannya, baginda menguasai sebahagian besar utara dan timur India dan juga Afghanistan. | UMUM | |
RACINE, JEAN | Racine, Jean (1639–1699) adalah antara penulis drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan klasikal untuk penggubahan, termasuk penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya yang unggul adalah kesederhanaannya. Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi. | UMUM | |
ARISTOPHANES | Aristophanes (445?–385? S.M.) ialah penulis komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik yang indah berserta kritikan serius terhadap politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia seorang pakar lagu dan ritma. | UMUM | |
AQUINAS, SAINT THOMAS | Aquinas, Saint Thomas (1225?–1274), salah seorang ahli falsafah teragung. Dari abad ke abad, dia telah mempengaruhi pemikiran Kristian, terutamanya Roman Katolik. | UMUM | |
EAKINS, THOMAS | Eakins, Thomas (1844–1916) merupakan salah seorang pelukis realis teragung Amerika pada tahun 1800-an. | UMUM | |