Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.kam] | تراقم

Definisi : 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESUSASTERAAN MELAYUKESUSASTERAAN MELAYU, kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di Alam Melayu, atau Tanah Melayu, yang kini lebih dikenal sebagai Malaysia. Kesusasteraan Melayu terdiri daripada pelbagai macam dan jenis sastera yang indah dan bernilai, yang terakam dalam bahasa Melayu dan memperkatakan tentang masyarakat Melayu. Kepelbagaian jenis ini ditempatkan dalam dua kelompok utama, yang masing-masing dikenal sebagai “kesusasteraan tradisional” dan “kesusasteraan moden”. Pembahagian ini lebih didasarkan pada faktor sejarah.SASTERAKonsep
FRANS NADJIRA

FRANS NADJIRA (1942 -      ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 3 September 1942 di Makasar, Sulawesi, Indonesia. Sejak muda dia gemar belayar dengan perahu Bugis sampai di Medan dan Sandakan. Dia juga pernah bekerja di hutan Kalimantan. Pengalamannya ini banyak terakam dalam beberapa karya sasteranya. Pada tahun 1979, dia bersama-sama Arswendo Atmowiloto menghadiri International Writing Program di lowa City, Amerika Syarikat, mewakili sasterawan Indonesia dalam pertemuannya dengan sasterawan dunia.

SASTERATokoh

Kembali ke atas