Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ran.cam]/[ter.an.cam] | ترانچم

Definisi : berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam (oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ran.cam]/[ter.an.cam] | ترانچم

Definisi : dlm keadaan diancam: Jika air terus naik, keselamatan penduduk-penduduk di tebing sungai itu akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terancam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPESIES TERANCAM

Spesies terancam ialah benda hidup yang

terancam oleh kepupusan – iaitu kematian semua

individu sejenisnya. Beribu-ribu spesies haiwan dan

tumbuh-tumbuhan sedang terancam, dan bilangan

ini meningkat setiap tahun. Haiwan terancam

termasuk paus biru, sesetengah jenis buaya, orang

utan, badak sumbu, harimau bintang salji, harimau

dan burung jenjang kokol. Tumbuh-tumbuhan

terancam termasuk running buffalo ceaver, sipres

Santa Cruz, snakeroot, dan banyak spesies kaktus.

UMUM 
AYE-AYE

Aye-aye ialah haiwan kecil bak tupai di

Madagascar. Ia tergolong dalam kumpulan yang

dinamakan lemur . Aye-aye berwarna perang, kira-

kira sebesar arnab. Ia mempunyai mata dan telinga

yang besar. Ia paling aktif pada waktu malam,

apabila ia memburu serangga untuk dimakan. Aye-

aye menggunakan jari ketiganya yang panjang dan

halus untuk mengeluarkan serangga pengorek dari

lubang di dalam batang pokok. Pada siang hari,

aye-aye bersembunyi di sarangnya daripada

ranting yang dibina dalam pokok di hutan. Aye-aye

adalah spesies yang terancam. Pertumbuhan

kampung memusnahkan hutan yang diperlukan

oleh haiwan ini untuk hidup. Kerajaan Madagascar

melarang pemburuan aye-aye, dan mewujudkan

beberapa hutan simpanan untuk melindungi

spesies ini.

Pengelasan saintifik. Aye-aye ialah ahli order Primat.

Ia membentuk familinya sendiri, Daubentoniidae

merupakan satu spesies Daubentonia madagascarienis .

UMUM 
SNAP

SNAP, parti politik.  SNAP ialah singkatan Sarawak National Party.  Parti ini ditubuhkan pada bulan Mac 1961.  Melihat perkembangan di kalangan orang Cina dan orang Melayu yang telah menubuh parti-parti politik masing-masing, orang Iban takut kedudukan mereka terancam di samping menaruh perasaan curiga terhadap Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Parti Negara Sarawak (PANAS).  Mereka juga ingin menjaga kepentingan komuniti mereka.  Oleh itu SNAP ditubuhkan oleh Stephens Kalong Ningkan dari Bahagian Kedua.  Kebanyakan ahli SNAP terdiri daripada para pekerja di Shell Oil Company di Brunei dan Miri.  Parti ini diasaskan di Brunei, tetapi Stephens Kalong Ningkan kemudian meletak jawatan dalam Shell kerana berpindah ke Kuching.  Semua ahli Jawatankuasa Tertinggi SNAP datang dari daerah Saribas di Bahagian Kedua.  Penduduk Iban di sini telah menerima pendidikan Inggeris semasa pemerintahan Brooke.  Oleh yang demikian mereka mudah bergerak dari segi sosial dan ekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
REVOLUSI MENTAL

REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental  lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas