[te.rap] | ترڤ
Definisi : (térap) Kl, Tr mengemas dan menyusun (pinggan, periuk, dll): tolong ~ baik-baik sikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.rap] | ترڤ
Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dll), Artocarpus elasticus; getah ~ getah drpd pokok terap (utk menangkap burung); menerap menggetah burung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.rap] | ترڤ
Definisi : ark; berterap berukir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.rap] | ترڤ
Definisi : Jh acuan kuih; menerap membuat kuih dgn menggunakan terap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.rap] | ترڤ
Definisi : nama sj pokok yg kulitnya dpt dibuat tali, cawat dll, Artocarpus elasticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[te.rap] | ترڤ
Definisi : alat utk membentuk sesuatu (kuih dll); acuan. menerap membentuk kuih dll dgn terap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[te.rap] | ترڤ
Definisi : ; juru~ orang yg memasang dan membaiki jentera. menerap 1 memasang jentera. 2 mengikat bata dgn simen dll utk membuat dinding dsb. 3 mengikat permata pd cincin dsb. menerapkan 1 menyebabkan sesuatu diikat atau dipasang pd; mengenakan sesuatu pd. 2 ki memanfaatkan sesuatu teori (hasil penyelidikan dsb) utk sesuatu keperluan amali; mempraktikkan: ~ pengetahuan morfologi ke dlm penyusunan kamus. terapan 1 apa-apa yg diterapkan; sesuatu yg dpt diterapkan. 2 hasil drpd menerap. penerapan 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan menerapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. penerap 1 orang yg kerjanya menerap bata, permata dsb. 2 orang yg menerapkan ilmu, nilai dll. 3 alat utk menerap sesuatu: ~ bata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)