| RADANG | Radang ialah keadaan luar biasa tisu sebahagian badan manusia yang menjadi bengkak, panas, berwarna kemerahan, dan terasa sakit. Gejala ini timbul akibat tindak balas badan kepada pengganggu fizikal atau kimia atau kepada agen jangkitan seperti bakteria. | UMUM | |
| ANGIN | Angin ialah udara yang bergerak merentas permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu kuat dan kencang sehingga merobohkan bangunan dan menumbangkan pokok besar. | UMUM | |
| KARBUNKEL | Karbunkel ialah jangkitan kulit dan tisu di bawah kulit yang sangat sakit. Karbunkel ialah bonggol merah gelap yang hangat dan terasa amat sakit yang kelihatan seperti kelompok beberapa bisul. | UMUM | |
| BES | Bes ialah sebatian kimia yang berasa pahit, payau dan terasa licin apabila disentuh. | KIMIA | Alat/Alatan |
| TETANI | Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh kekejangan otot secara berkala dan sedikit perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot barangkali merebak ke muka, badan dan kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca daripada kekurangan bahan garam kalsium atau ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan. | UMUM | |