PERALATAN KAPAL TERBANG | Peralatan kapal terbang lihat Kapal terbang (Memandu kapal terbang); gambar: (peralatan dan alat kawalan kokpit)). | UMUM | |
IKAN TERBANG | Ikan terbang ialah sejenis ikan yang melompat dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat. Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap. Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan terus berada di udara.
| UMUM | Umum |
KAPAL TERBANG, MODEL | Kapal terbang, Model ialah kapal terbang miniatur. Ia mungkin kapal terbang tiruan mengikut saiz sebenar atau mempunyai reka bentuk asal. | UMUM | |
NAGA TERBANG | Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20 sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap” pada sisi badannya. Pada musim mengawan, serangga jantan mengembangkan “sayap” yang berwarna terang untuk menarik perhatian serangga betina. | UMUM | |
LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL AZIZ SHAH | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), lapangan terbang yang utama di Malaysia sebelum pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada tahun 1999. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |
SIKORSKY, IGOR IVANOVICH | Sikorsky, Igor Ivanovich (1889–1972) ialah pereka cipta dan pengeluar kapal terbang kelahiran Rusia. Dia adalah pelopor dalam pembinaan kapal terbang, helikopter, dan kapal terbang merentas laut yang menggunakan multienjin. Pada tahun 1913, dia mencipta kapal terbang empat enjin yang pertama di dunia. Pada tahun 1939, dia berjaya menghasilkan helikopter satu rotor. (Lihat Helikopter [Helikopter pertama yang praktikal; gambar]). | UMUM | |
DEBUM BUNYI | Debum bunyi ialah bunyi yang kuat disebabkan oleh sesuatu objek – biasanya kapal terbang yang terbang pada kelajuan supersonik. Bagi seseorang di bumi, bunyi itu kedengaran seperti dentuman guruh | UMUM | |
KAPAL TERBANG | | UMUM | |
KANDAU TERBANG | Kandau ialah mamalia berekor panjang dan berbulu gebu. Sesetengah jenis kandau menyerupai monyet. Yang lain kelihatan lebih mirip mencit atau tupai. | UMUM | |
LAPANGAN TERBANG | | UMUM | |