APOSISI | Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif dan adverba. “Abraham Lincoln , (who was) the 16th President of the United States, was assassinated” aposisi adalah kata nama. “The crowd, (which was) axious to escape danger , began to panic” adalah aposisi adjektif. “The man shouted loudly, (which was) even frantically , to calm the crowd” adalah aposisi adverba. | UMUM | |
METALURGI SERBUK | Metalurgi serbuk ialah proses yang menurunkan logam kepada bentuk serbuk dan menekan serbuk itu menjadi bentuk agak terbatas. Proses pemanasan yang dikenali sebagai pensinteran digunakan untuk mengikat serbuk logam dan menambah kekuatan kepada keluaran siap (lihat Pensinteran). | UMUM | |
SESSIONS, ROGER | Sessions, Roger (1896–1985) ialah penggubah dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat, serius dan intelektual. Sessions menulis dalam teknik 12 – nada moden, tetapi dia percaya bahawa seseorang penggubah tidak harus terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja. Sessions mengarang muzik untuk orkestra, kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera. Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra The Black Maskers (1923). Sessions pernah memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for Orchestra (1981). | UMUM | |
SIFAR MUTLAK | Sifar mutlak ialah suhu teoretis apabila atom dan molekul sesuatu bahan mempunyai tenaga serendah mungkin. Suhu ini, yang dipercayai oleh ahli sains adalah suhu yang paling rendah boleh dicapai, bersamaan –273.15°C. Nilai ini berdasarkan sebahagiannya pada pemerhatian hubungan antara suhu dengan tekanan gas. Apabila suhu gas terbatas kepada isi padu tetap direndahkan, tekanannya berkurangan berkadaran langsung – seolah-olah ia akan menjadi sifar pada –273.15°C.
| UMUM | Konsep |
QADARIYYAH, AL- | Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”. Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”, “al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”. Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”, “al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Pengikut aliran ini berpendirian bahawa manusia mempunyai kemampuan yang terbatas untuk memilih perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya)”. (Surah al-Balad 90:10 ) | UMUM | |
BAHASA-BAHASA SABAH | BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris. | BAHASA | Bahasa |
SYAIR NASIHAT | SYAIR NASIHAT, syair berunsur keagamaan yang mengandungi pengajaran berupa nasihat. Syair ini bertujuan menyampaikan pengajaran, bimbingan dan peringatan kepada anggota masyarakat yang tidak hanya terbatas kepada persoalan keagamaan sahaja. | SASTERA | Konsep |
SYEIKH SAID PASAI | SYEKH SAID PASAI (1457- ? ), tabib dan pendakwah Indonesia. Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai. Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457. Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |