Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ben.tang] | تربنتڠ

Definisi : terbuka luas, terhampar: sawah padi yg ~ luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ben.tang] | تربنتڠ

Definisi : kelihatan terbuka luas-luas; terhampar: Dr situ, mereka nampak tanah lapang putih berkilau-kilauan ~ ke arah kutub utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbentang

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUK CARPENTARIA

Teluk Carpentaria ialah cabang Laut Arafura

yang terbentang ke arah utara Australia. Lebarnya

lebih kurang 480 kilometer dan panjangnya 640

kilometer. Airnya cetek di kebanyakan tempat.

Lapisan lumpur dan paya bakau terdapat di

sepanjang pantainya. Untuk lokasi, lihat Australia

(peta).

UMUM 
SIKKIM

Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut

India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya.

Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di

India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu

Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua

terkecil di India.

UMUM 
MERCIA

Mercia ialah salah sebuah negara besar England

ketika era Anglo-Saxon. Ia terbentang sehingga ke

timur Wales, antara Wessex, di sebelah selatan

dan Northumbria di utara. Negara ini mungkin

ditubuhkan pada tahun 500-an dan menjadi

kerajaan England yang paling berkuasa pada

tahun 700-an ketika di bawah pemerintahan Raja

Ethelbald dan Raja Offa. Egbert, raja Wessex,

menakluki Mercia pada tahun 825. Selepas itu

Mercia tidak pernah berjaya memulihkan semula

kuasa mereka sebagaimana sebelumnya. Lihat

juga Offa’s Dyke; Shropshire; United Kingdom,

Sejarah.

UMUM 
PERTH

Perth (pend. 1 143 265) ialah ibu negeri dan pusat

perniagaan Australia Barat. Bandar ini terbentang di

sepanjang dataran di antara Lautan Hindi di barat dan

bukit bukau Tubir Darling di timur. Perth terletak

3352 kilometer dari Sydney. Kira-kira 70 peratus

penduduk Australia Barat tinggal di Perth.

UMUM 
PERGUNUNGAN WHITE

Pergunungan White merupakan sebahagian

daripada sistem Pergunungan Appalachian di

Amerika Utara. Ia terbentang ke arah barat daya dari

Maine ke New Hampshire, Amerika Syarikat.

Pergunungan White diberi nama sedemikian kerana

puncaknya berwarna putih apabila diliputi salji. Pada

musim bunga dan musim gugur puncak yang

berwarna putih menjadi lebih mengagumkan

kerana salji tidak menutupi bahagian bawah gunung

ini. Untuk lokasi, lihat Pergunungan Appalachian

(peta).

UMUM 
TERUSAN CALEDONIA

Terusan Caledonia ialah sistem terusan dan

pintu air menghubungkan loch (tasik) yang

terbentang di Glen Mòr, Scotland. Terusan ini

mengalir dari Loch Linnhe di barat daya

merentangi kawasan tanah tinggi terus ke Loch

Lochy, Oich dan Ness ke Inverness Firth di Timur

Laut. Panjang terusan ini kira-kira 100 kilometer.

UMUM 
MINERAL

Mineral ialah bahan pepejal yang paling lazim

ditemui di bumi. Daratan dan lautan di bumi

semuanya terbentang di atas lapisan batuan yang

terdiri daripada mineral. Semua batuan yang

terdapat di atas muka bumi juga mengandungi

mineral. Malah, tanah juga mengandungi mineral

halus yang terserpih daripada batuan. Mineral juga

ditemui di bulan dan juga di planet Utarid, Zuhrah,

dan Marikh.

UMUM 
MAURITANIA

Mauritania ialah negara yang terletak di barat

Afrika. Negara ini terbentang dari pantai Atlantik ke

Gurun Sahara.

UMUM 
PULAU FRASER

Pulau Fraser juga dikenali sebagai Pulau Great

Candy ialah pulau berpasir yang paling besar di

dunia. Ia terbentang di sepanjang Teluk Hervey, di

sebelah pantai tenggara Queensland, Australia,

dan menjadi pelindung kepada pintu masuk

pelabuhan Maryborough. Keluasan pulau ini lebih

kurang 1550 kilometer persegi. Ia mempunyai

banyak tasik air tawar. Tasik yang paling luas ialah

Tasik Boemingen. Keluasannya lebih daripada 200

hektar. Sebahagian pulau ini merupakan hutan

simpan yang mengandungi kira-kira 26 300 hektar

hutan komersial.

UMUM 
AUSTRIA

Austria ialah negara kecil di tengah Eropah yang

terkenal dengan keindahan pemandangan

pergunungannya. Pergunungan Alps yang

menjulang dan kaki bukitnya terbentang merentasi

barat, selatan dan bahagian tengah negara ini. Di

banyak kawasan, lembah yang luas, dan

menghijau memisahkan gunung-ganang. Austria

mempunyai banyak tasik yang cantik dan jernih.

Hutan tebal meliputi kebanyakan tanah di negara

ini.

UMUM 
123

Kembali ke atas