Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.be.sar] | تربسر

Definisi : 1. yg sangat (amat) besar, yg besar sekali; 2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar drpd yg dikehendaki atau yg sepatutnya: dia memotong baju itu ~ sedikit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbesar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANCIS

Perancis ialah negara terbesar di Eropah Barat

dari segi keluasan. Paris, ibu negara Perancis dan

bandar terbesar di negara ini, menduduki tempat

sebagai sebuah daripada bandar yang terbesar di

dunia. Selama beratus-ratus tahun, Paris telah

menjadi ibu negeri kesenian dan ilmu

pengetahuan di dunia. Universitinya berusia lebih

800 tahun dan merupakan salah sebuah universiti

yang terbesar di dunia. Paris menarik seniman dan

penulis daripada semua bangsa. Banyak seniman

agung telah menghasilkan karya unggul di sana.

Paris merupakan bandar yang terkenal dengan

keindahan dan kegemilangan seni binanya. Setiap

tahun, berjuta-juta pelancong mengunjungi mercu

tanda Paris yang masyhur, seperti Katedral of Notre

Dame, Menara Eiffel, dan Louvre – salah sebuah

muzium seni yang terbesar di dunia.

UMUM 
DALLAS

Dallas merupakan salah sebuah bandar terbesar

di Amerika Syarikat dan bandar kedua terbesar,

selepas Houston, negeri di barat daya Texas.

UMUM 
SUMATERA

Sumatera ialah pulau yang kedua terbesar di

Indonesia selepas Kalimantan. Ia adalah pulau yang

keenam terbesar di dunia. Sumatera, berserta pulau-pulau

kecil yang berdekatan dengannya, terdiri

daripada lapan wilayah atau provinsi. Wilayah-wilayah

ini ialah Aceh, Bengkulu, Jambi, Lampung,

Riau, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, dan

Sumatera Barat.

UMUM 
TASIK GREAT BEAR

Tasik Great Bear ialah tasik yang terbesar di

Kanada dan tasik yang keempat terbesar di

Amerika. Tasik Great Bear meliputi keluasan

31 328 kilometer persegi di Wilayah Barat Laut.

Tasik ini terbentang di kedua-dua kawasan daratan

yang utama di Kanada, iaitu Perisai Kanada dan

Dataran Pedalaman di Utara. Sebahagiannya juga

terletak di dalam Bulatan Artik. Ais melitupi tasik ini

selama kira-kira sembilan bulan dalam setahun.

UMUM 
KATEDRAL MILAN

Katedral Milan di Milan, Itali ialah gereja ketiga

terbesar di Eropah. Gereja yang terbesar ialah Saint

Peter’s di Rom, diikuti dengan katedral di Seville,

Sepanyol. Batu asasnya diletakkan oleh Gian

Visconti pada tahun 1385. Dari tahun 1805 hingga

tahun 1813, katedral ini disiapkan atas arahan

Napoleon I.

UMUM 
TASIK MICHIGAN

Tasik Michigan ialah kumpulan air tawar yang

terbesar di Amerika Syarikat. Tasik ini merupakan

tasik yang ketiga terbesar antara Tasik-tasik Besar

dan satu-satunya tasik daripada kumpulan tersebut

yang terletak keseluruhannya di Amerika Syarikat.

Tasik Michigan membentuk satu hubungan yang

penting dalam sistem jalan air yang besar yang

menganjur ke timur menuju ke Lautan Atlantik dan

ke selatan melalui Sungai Mississippi menuju ke

Teluk Mexico.

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat ialah negara yang ketiga

terbesar di dunia dari segi jumlah penduduk dan

yang keempat terbesar dari segi luas kawasan.

Hanya China dan India mempunyai jumlah

penduduk yang lebih ramai daripada Amerika

Syarikat. Hanya Rusia, Kanada dan China mempunyai

kawasan yang lebih luas daripada Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat meliputi keseluruhan bahagian

tengah Amerika Utara. Negara ini bermula dari

Lautan Atlantik di timur hingga ke Lautan Pasifik di

barat. Amerika Syarikat termasuklah Alaska yang

terletak di barat laut Amerika Utara, dan Hawaii yang

terletak jauh di Lautan Pasifik. Dalam bahasa

Inggeris, Amerika Syarikat sering dikenali sebagai

U.S ., U.S.A ., atau America .

UMUM 
OKINAWA

Okinawa ialah pulau yang terbesar dan

terpenting di Kepulauan Ryukyu, lingkaran pulau

di Lautan Pasifik Utara. Okinawa meliputi kawasan

seluas 1434 kilometer persegi dan mempunyai

penduduk seramai 1 048 298 orang. Naha, ibu

negeri dan bandar terbesar di Kepulauan Ryukyu,

terletak di Okinawa. Okinawa ialah pulau yang

terbesar di prefecture (daerah) Okinawa Jepun.

Daerah ini turut meliputi Kepulauan Ryukyu

selatan. Hampir kesemua penduduk daerah ini

tinggal di Okinawa.

UMUM 
SEMARANG

Semarang (pend. 1 026 671) ialah ibu wilayah

dan bandar terbesar bagi Wilayah Jawa Tengah.

Ia adalah bandar kelima terbesar di Indonesia.

Semarang ialah pelabuhan utama Jawa Tengah.

UMUM 
SEOUL

Seoul (pend. 9 645 932) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Korea Selatan. Seoul

merupakan salah satu bandar raya terbesar di

dunia dari segi jumlah penduduknya (lihat Bandar

raya ). Seoul berfungsi sebagai pusat kebudayaan,

ekonomi, pendidikan, kewangan, kerajaan, dan

aktiviti politik Korea Selatan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas