PURSLANE | Purslane ialah nama bagi kira-kira 40 spesies tumbuhan tahunan berdaun berisi yang melata. Purslane biasa ialah rumpai di tanah terbiar. Bunganya berwarna kuning dan kembang pada waktu pagi yang cerah. Batangnya boleh tumbuh sehingga 35 sentimeter panjangnya. Subspesies tumbuhan ini ditanam sebagai sayur terutamanya di Eropah. Di samping itu, purslane biasa digunakan di India dan China sebagai herba ubatan, terutamanya sebagai tuam untuk membantu menyembuhkan ulser dan luka . Pengelasan saintifik. Purslane membentuk famili purslane, Portulacaceae.Purslane biasa ialah Portulaca oleracea . | UMUM | |
KURAP | Kurap ialah penyakit kulit yang menyerang anjing, kuda, biri-biri dan lembu. Kurap menyerang haiwan yang kotor dan terbiar, yang hidup dalam kumpulan atau dalam keadaan sesak. | UMUM | |
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH | Ketiadaan tempat berteduh ialah satu keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan yang terbiar, di bawah jambatan, stesen bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan kecemasan dan jalanan. | UMUM | |
SENDUDUK | SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |