SASTERA THAILAND | Sastera yang terbina dan diwarisi oleh masyarakat Thailand. | SASTERA | Konsep |
ATOL | Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang terbina di atas tebing yang tenggelam, atau terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol, dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik. Lihat juga Karang . | UMUM | |
ATOM | Atom adalah salah satu daripada unit asas jirim. Segala-segala di sekeliling kita terbina daripada atom. Atom sangat halus – sejuta kali lebih halus daripada ketebalan rambut manusia. Titik paling halus yang boleh dilihat di bawah mikroskop biasa mengandungi lebih daripada 10 bilion atom. | UMUM | |
PINDAR | Pindar (522?–443 S.M.) ialah penyair lirik agung Yunani. Dia disanjung kerana mencipta oda Pindar. Jenis oda ini terbina daripada tiga rangkap iaitu strop, antistrop, dan epod – yang diulang bersiri. Pindar menggubah puisi yang sangat indah dan halus ini untuk meluahkan sanjungan dan pujian terhadap acara tertentu seperti meraikan kejayaan atlit dalam pertandingan sukan kebangsaan yang hebat. | UMUM | |
TIKUS BULAN | Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies mamalia pemakan serangga dari China dan Asia Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik. Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga, cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang lebih kecil. Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan terbesar ialah Echinosorex gymnurus . | UMUM | |
TEORI DUA SAPUT | Teori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
OPOSUM | Oposum ialah mana-mana anggota famili mamalia berbulu yang hidup di Hemisfera Barat. Oposum betina membawa anaknya dalam kantung pada abdomennya. Oposum, kanggaru, dan mamalia-mamalia lain yang melahirkan anak yang benar-benar tidak terbina dinamakan marsupial. Oposum adalah satu-satunya marsupial yang berasal dari Amerika Utara. Ia hidup dari Ontario di Kanada ke arah selatan hingga ke Amerika Selatan. | UMUM | |
MESIN PERENCANA | Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula, dalam bentuk bertaip. Mesin perencana menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan mudah dalam perjalanan perniagaan. Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon terbina dalam atau mikrofon berasingan yang dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk memainkan semula rencana, seorang jurutaip meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan unit berasingan. | UMUM | |
MOMOK TASMANIA | Momok Tasmania ialah haiwan garang yang hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada waktu malam dan menghabiskan waktu siang di gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial. Marsupial betina melahirkan anak yang tidak terbina dengan baik. Seperti kebanyakan marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu ibunya sehingga ia membesar dengan lebih sempurna. Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus harrisii . | UMUM | |
RUMAH BERGERAK | Rumah bergerak ialah rumah boleh gerak, yang dibuat di kilang. Rumah bergerak mempunyai roda terbina dalam. | UMUM | Umum |