Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANDJI PUSTAKA

PANDJI PUSTAKA, majalah kebudayaan yang terbit pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Ia diterbitkan oleh Komumin Toshokyoku (Balai Pustaka), Jakarta pada tahun 1942.  Pandji Pustaka mengandungi 32 halaman.  Alamat redaksi dan pentadbiran yang terakhir adalah di Jalan Pancar, Jakarta.  Majalah ini dipimpin oleh K. Sutan Pamoentjak (Pemimpin Umum) dan Armijn Pane (Pemimpin Redaksi), manakala redaktur budayanya ialah Sutan Takdir Alisyahbana dan H.B. Jassin.

SASTERAPenerbitan
FAJAR ASIAFAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944.SASTERAPenerbitan
SEKOLA MELAYU

SEKOLA MELAYU,  akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura.  Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari  Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu.  Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura.

BAHASAKitab
KAMUS INDONESIA-BELANDA

KAMUS INDONESIA-BELANDA, kamus yang diterjemahkan daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Belanda. Judul asal kamus ini ialah Indonesisch-Nederlands Woordenboek yang diterbitkan di negeri Belanda buat pertama kalinya pada tahun 1990. Versi terjemahan dalam bahasa Indonesia terbit pada tahun 1991. Penyusun asal kamus ialah A. Teeuw, seorang sarjana berbangsa Belanda yang pakar dalam bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Semasa menyusun kamus ini dia dibantu oleh I. Supriyanto, T. Iskandar dan H. Vruggink. Terjemahan kamus ini dilakukan bersama oleh perwakilan Koninklijk Institut voor Taal-, Land-en Volkekunde (KITLV) dengan  Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI).

1">           

BAHASAPenerbitan
DATUK SUTAN MAHARADJA

DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan ‘revolusi adat demokratis’ melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang.

1"> 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas