Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cip.ta] | ترچيڤتا

Definisi : sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercipta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OCEANUS

Oceanus, dalam mitologi Yunani, merupakan

sungai yang dipercayai melingkari dunia. Oceanus

juga ialah nama dewa pada zaman purba yang

dihubungkaitkan dengan sungai ini. Dewa

Oceanus adalah daripada golongan Titan, salah

satu keluarga manusia yang lahir untuk Uranus

(dewa langit) dan Ge, atau Gaea (dewi bumi) sebaik-

baik sahaja dunia tercipta. Oceanus ialah suami

Tethys, yang juga daripada golongan Titan dan

dewi laut.

UMUM 
NAKHODA TENGGANG

NAKHODA TENGGANG , cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita dongeng teladan. Cerita ini dikenal juga dengan cerita “Si Tenggang”. Tarikh cerita ini tercipta tidak diketahui. Cerita ini berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita Nakhoda Tenggang atau “Si  Tenggang” ini terdapat juga di beberapa negeri. Di Pahang, cerita ini dikatakan berlaku di Tasik Bera. Di Negeri Sembilan, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Jong, berhampiran Seremban. Di Johor, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Tereh, tidak jauh dari Bandar Maharani, Muar. Di Selangor, cerita ini dikaitkan dengan Batu Caves.

SASTERAKarya

Kembali ke atas