Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.di.di/] | ترديديق

Definisi : mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.di.di/] | ترديديق

Definisi : mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yg sempurna; terlatih: Dia inilah salah seorang murid yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdidik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD

SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam.  Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah.  Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani.  Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut.  Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya.  Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah.  Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAHYA M.S.YAHYA M.S. (1939-    ) penyair dan penulis Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 21 Ogos 1939 di Kampung Lorong Sikuna, Brunei Darussalam.  Nama penuhnya ialah Pehin Siraja Khatib Dato’  Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim.  Dia turut menggunakan nama pena Maya Borneo, Madah Satria dan Yusra Hariry.    Yahya M.S. menerima pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab.  Dia pernah terdidik di Sekolah Arab Al-Juneid, Singapura dari tahun 1955 hingga tahun 1958.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor (1958-1963).  Seterusnya dia melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir (1965-1967) dan menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam Jurusan Pengajian Arab.SASTERATokoh

Kembali ke atas