Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ren.tang] | ترنتڠ

Definisi : 1. sudah direntangkan, ter­bentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.tang] | ترنتڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), napan, serentang, Campnosperma auriculata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, kabau, semincang, Allophylus glaber; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Campnosperma minor; ~ manuk sj tumbuhan (pokok), bentangur otak udang, berjagung, habung ayam, katak (keretak) udang, medang ampas (udang), pauh pipit, pokok seudang, rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessilifolia; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), katak (ketak) udang, otak udang, pauh pipit, puan, Buchanania lucida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.tang] | ترنتڠ

Definisi : direntangkan; ® rentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.tang] | ترنتڠ

Definisi : 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentang
Kata Terbitan : merentangi, merentangkan, terentang,

Peribahasa

Cupak sudah tertegak,
     suri sudah terkembang (=terentang).

Bermaksud :

Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NUMBAT

Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus

besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang

menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian

atas numbat berwarna merah karat dan bahagian

bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi

oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam

terentang pada mata dari muncung ke telinga.

UMUM 
PINJAL AIR

Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan

krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam

kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies

pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber

utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air

panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18

milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana

gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti

lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan

melakukan pergerakan mendayung dengan

sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal

air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar

yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh

kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain

pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini

sering digunakan dalam ujian ubat.

UMUM 
AVON

Avon ialah kaunti di barat daya England. Ia wujud

dari tahun 1974 hingga 1996. Kaunti ini termasuk

bandar pelabuhan bersejarah di Bristol dan

merupakan bahagian selatan Gloucestershire dan

bahagian utara Somerset. Bandar Bath yang indah

terletak di kawasan ini. Seni bina teresnya dan

permandian Rom telah menjadikannya terkenal

sebagai tempat pelancongan. Sungai Avon, yang

darinya kaunti ini mendapat namanya, mengalir

melalui bahagian tengah kawasan ini. Ia memotong

laluan yang menakjubkan di Clifton Gorge.

Terentang di tengah gaung ialah Jambatan

Gantung Clifton, yang direka oleh Isambard

Kingdom Brunel dan telah disiapkan pada tahun

1864.

UMUM 

Kembali ke atas