Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gen.da.la] | ترݢندالا

Definisi : terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gen.da.la] | ترݢندالا

Definisi : tidak dpt diteruskan; terhalang: Perjalanan itu sangat sukar dan kerap kali ~ oleh lapisan salji yg tebal dan basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergendala


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
S. ROOMAI NOOR, DATO'

S. ROOMAI NOOR, DATO’ (1925 – 1996), pelakon dan pengarah filem.  Nama sebenarnya ialah Muhammad Toyib bin Salleh.  Dia lahir pada 22 Februari 1925 di Temerloh, Pahang.  Ketika belajar pada peringkat Junior Cambridge di sebuah sekolah di Bentong, Pahang, Jepun menyerang Tanah Melayu.  Akibatnya pengajiannya tergendala.

BUDAYATokoh
R. AZMI

R. AZMI (1923-1974), penyanyi.  Dia lahir di Kelang, Selangor.  Nama sebenarnya ialah Raja Azmi bin Raja Embeh.  Dia mendapat pendidikan awal di Kelang dan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.  Pendidikannya tergendala apabila Jepun menduduki Tanah Melayu.  Dia berhijrah ke Singapura dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi R. Azmi merupakan salah seorang penyanyi yang mempelopori lagu-lagu Melayu ala Hindustan pada tahun 1950-an dan 1960-an.

BUDAYATokoh
OMAR ROJIKOMAR ROJIK (1923  -  1997), pengarah, penulis skrip dan pelakon filem.  Dia lahir pada 30 November 1923 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Omar bin Ali. Dia memakai nama Omar Rojik sejak berkecimpung dalam dunia perfileman di Singapura. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Sungai Korok Lama, Alor Setar, Kedah hingga Darjah Lima. Kemudian dia meneruskan pelajarannya di St. Michael School, Alor Setar, hingga Darjah Enam. Pendidikannya tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus.BUDAYATokoh
TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN

TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN (1922 -    ), Yang di-Pertuan Agong ke-10 (1994 -       ). Baginda diputerakan pada 19 Julai 1922 di Kelang, Selangor. Ketika itu ayahandanya bertugas sebagai pegawai tadbir di Kelang. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga tahun 1933. kemudian baginda melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak hingga tahun 1941. semasa belajar di maktab ini, baginda dilantik sebagai pengawas, di samping mengetuai pasukan sukan sekolah. Tuanku Jaafar kemudian melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Singapura. Bagaimanapun pengajian baginda tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas