Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.go.long] | ترݢولوڠ

Definisi : termasuk (dlm kumpulan dll): Tongkat Warrant ~ sbg penyajak beraliran realisme; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.go.long] | ترݢولوڠ

Definisi : termasuk dlm sesuatu kumpulan atau kelompok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergolong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOLANUM

Solanum ialah sekumpulan tumbuhan yang

tergolong dalam famili nightshade. Lebih

daripada 1000 spesies herba dan pokok renek

tergolong dalam kumpulan ini. Ia tumbuh di

seluruh dunia, tetapi ia terutamanya banyak

terdapat di kawasan tropika utara dan Amerika

Selatan, Afrika dan Australia. Sesetengahnya

ditanam untuk bunga yang menyerlah, yang lain

ditanam untuk bahagiannya yang boleh dimakan.

UMUM 
DOK

Dok ialah nama beberapa jenis tumbuhan yang

tergolong dalam famili buckwheat. Tiga rumpai

biasa saka tergolong dalam famili ini – dok daun

halus, atau kuning, dok (warna akar tunjangnya);

dok masam; dan dok daun lebar

UMUM 
ALAM

Alam ialah unit klasifikasi biologi paling besar.

Semua organisma hidup tergolong dalam satu

alam, tetapi tiada organisma yang tergolong dalam

lebih daripada satu alam.

UMUM 
AYAM MALLEE

Ayam mallee tergolong dalam keluarga burung

yang beratnya menyerupai ayam. Ia hidup di

kawasan separa gurun di Australia, iaitu tempat

pokok renek mallee tumbuh. Ayam mallee

berukuran 550 hingga 700 milimeter panjang dan

beratnya kira-kira dua kilogram. Pada musim sejuk

ayam mallee mengorek lubang di kawasan separa

gurun untuk bertelur. Kemudian ia memasukkan

daun dan rumput sebelum menutupnya dengan

pasir sehingga menjadi seperti busut kecil. Ayam

mallee jantan mengukur suhu busut ini dengan

lidahnya dan menstabilkan suhunya agar bertahan

pada kadar lebih kurang 33 ° C dengan menambah

atau membuang pasir busut itu. Apabila menetas,

anak ayam ini akan berusaha keluar sendiri

daripada busut itu. Ia boleh berlari dan terbang

dalam masa 24 jam selepas menetas dan tidak

dipelihara oleh induknya.

Pengelasan saintifik. Ayam mallee tergolong dalam

famili Megapodiidae. Nama saintifiknya Leipoa ocellata .

UMUM 
SASTERA HIKAYATTergolong dalam sastera tradisional.SASTERAKonsep
MENNONITE

Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian

Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang

sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan

beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan

mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian

Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the

Mount (Matt. 5–7). Bagi Mennonite, berperang,

bersumpah, atau memegang jawatan dengan

menggunakan kekerasan adalah ditegah.

UMUM 
METHODIST

Methodist tergolong dalam mazhab Protestan

yang dimulakan oleh John Wesley, paderi

Gereja England. Terdapat banyak gereja di

seluruh dunia yang menggunakan nama

Methodist dan mengekalkan ajaran Wesley.

UMUM 
ASID SALISILIK

Asid salisilik tergolong dalam kumpulan

sebatian kimia yang digunakan sebagai ubat

untuk meredakan demam dan rasa sakit. Asid

asetilsalisilik adalah salah satu ubat yang paling

meluas digunakan. Ia disediakan daripada asid

salisilik. Asid asetilsalisilik biasanya dikenali

sebagai aspirin.

UMUM 
SANDERLING

Sanderling ialah burung yang tergolong dalam

famili yang sama dengan berkek dan kedidi. Ia

berbeza daripada burung-burung ini kerana ia

hanya mempunyai tiga jari kaki. Sanderling

membiak di pantai Artik dan tundra dan

mengembara ke selatan pada musim sejuk.

UMUM 
AUBRIETIA

Aubrietia ialah tumbuhan yang tergolong

dalam famili biji sawi. Ia kadangkala dieja

Aubreta. Aubrietia ialah tumbuhan yang kecil,

rendah, yang berjalin untuk membentuk

semacam tikar di taman batuan dan membentuk

tumbuhan pinggir. Daunnya kecil, bujur, dan

berbulu, manakala bunganya berwarna samar

atau ungu. Aubrietia pada asalnya tumbuh di

barat Asia, tetapi kini ia ditanam di banyak

bahagian di dunia. Pekebun menanam aubrietia

daripada biji atau keratan. Mereka boleh

memotong batangnya hingga ke akar selepas ia

berbunga untuk mencegahnya daripada tumbuh

berceranggah.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas