Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gu.gat] | ترݢوݢت

Definisi : digugat: ketenteraman masyarakat telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gu.gat] | ترݢوݢت

Definisi : menjadi tidak teguh atau tidak tetap: Jawatannya sbg ketua di situ telah ~ kerana dia tidak menjalankan tugasnya dgn betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergugat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REVOLUSI PERANCIS

Revolusi Perancis membawa perubahan besar

dalam masyarakat dan kerajaan Perancis. Revolusi

ini yang berlanjutan dari tahun 1789 hingga tahun

1799, juga membawa kesan yang menjangkau jauh

ke negara Eropah yang lain. Revolusi ini

memperkenalkan prinsip demokrasi kepada

Perancis tetapi tidak mengubah negara itu menjadi

negara demokrasi. Walau bagaimanapun, revolusi

ini menamatkan sistem pemerintahan tertinggi

oleh raja Perancis dan memperteguhkan golongan

kelas pertengahan. Selepas revolusi ini bermula,

raja, golongan bangsawan atau golongan yang

mempunyai keistimewaan yang lain tidak lagi

boleh menganggap kuasa mereka tidak akan

tergugat ataupun tidak mengendahkan prinsip

kebebasan dan kesamaan.

UMUM 
PERJANJIAN PAHANG-BRITISH

PERJANJIAN PAHANG-BRITISH (1887), perjanjian persetiaan antara Sultan Ahmad dengan British yang ditandatangani pada 10 Oktober 1887.  Dengan termeterainya perjanjian ini bermakna menandakan penguasaan British di Pahang.  Pada awal tahun 1880-an, kedudukan Bendahara Wan Ahmad sebagai pemerintah Pahang mula tergugat akibat pertelingkahan yang berlaku di kalangan pembesar.  Bendahara Wan Ahmad terlalu memberi kepercayaan kepada penasihat baginda dan hal ini membawa kepada kelemahan kepemimpinan politik pada masa pemerintahannya.  Perselisihan di kalangan golongan pemerintah dan pembesar dari beberapa kawasan menyebabkan berlakunya perang saudara (1856-1863).  Keadaan ini diambil kesempatan oleh British untuk campur tangan dalam politik negeri di Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas