Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat yang berhampiran dengan pulau Newfoundland apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di Kepulauan British yang terletak pada latitud yang sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan tersebut bebas daripada ais sebahagiannya disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan angin panas dan lembap di atas Arus Telukan, kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak). |