| SNELL, PETER | Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962, dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela (1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3 saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara 800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake, di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada bidang olahraga pada tahun 1965. | UMUM | |
| DUSE, ELEONORA | Duse, Eleonora (1858–1924), pelakon wanita Itali yang mendapat jolokan “pelakon wanita terhebat pada zamannya”. | UMUM | |
| STEAD, CHRISTINA | Stead, Christina (1902–1983) ialah salah seorang penulis novel wanita Australia yang paling terkenal dan ramai menganggapnya sebagai yang terhebat. Gaya dan struktur penulisan novelnya merupakan eksperimen dan latar belakang serta subjeknya yang sentiasa dipelbagaikan. Ini berbeza dengan novel yang sedia ada. | UMUM | |
| NELSON, HORATIO | Nelson, Horatio (1758–1805) ialah laksamana dan wira tentera laut Great Britain yang teragung. Nelson mengalahkan gabungan tentera Perancis dan Sepanyol di Trafalgar. Ini merupakan kemenangan tentera laut yang terhebat dalam sejarah British. Kemenangannya melemahkan kuasa tentera laut Perancis, dan memartabatkan keagungan pemerintahan British di laut sepanjang tahun 1800-an. | UMUM | |
| OXFORDSHIRE | Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di selatan tengah England dengan pemandangan alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini. Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta politik) | UMUM | |
| CANDI BOROBUDUR | Candi Borobudur ialah stupa Mahayana Buddha yang terbesar dan terkenal di dunia. Ia dikategorikan antara monumen yang terhebat di dunia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |