Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ju.lur] | ترجولور

Definisi : menjulur dgn tiba-tiba, sudah di­julurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ju.lur] | ترجولور

Definisi : sudah dijulurkan; menjulur dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julur
Kata Terbitan : menjulur, menjulurkan, terjulur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENUK

Tenuk berkaitan rapat dengan kuda dan badak

sumbu, walaupun ia kelihatan seperti babi. Tenuk

mempunyai badan yang pendek, berat dan leher

yang tebal. Hidungnya terjulur membentuk belalai

yang pendek, boleh digerakkan. Kaki depannya

mempunyai empat jari kaki, manakala kaki

belakangnya mempunyai tiga jari kaki. Ekornya

pendek. Tenuk adalah haiwan yang sentiasa

berwaspada. Ia hidup di tengah hutan dan

berhampiran dengan air kerana ia suka berenang.

Tenuk memakan ranting, daun pokok, dan pokok

renek, buah, dan sayur-sayuran.

UMUM 
BIAWAK BERLIDAH BIRU

Biawak berlidah biru ialah biawak Australia

yang berbadan gempal yang dinamakan demikian

kerana lidahnya berwarna biru cerah yang terjulur

apabila ia marah atau cemas.

UMUM 
TEPEE

Tepee , juga dieja tipi ialah sejenis khemah yang

kebanyakannya digunakan oleh Orang Asli

Amerika Utara yang tinggal di kawasan dataran

pada masa dahulu. Tepee diperbuat dengan cara

meregang kulit kerbau pada tiang-tiang. Tiang ini

diatur dalam bentuk kon. Di hujungnya, tiang-tiang

itu disilangkan, dan terjulur keluar dari bumbung.

Dua penutup dibuka pada bumbung untuk

membolehkan asap dari unggun api khemah itu

keluar.

UMUM 

Kembali ke atas