| ABERDEEN, EARL OF | Aberdeen, Earl of 1784–1860) ialah Perdana Menteri United Kingdom ketika Perang Krimea tercetus pada tahun 1854. Pada bulan-bulan awal perang, orang ramai terkejut apabila mengetahui bahawa negara mereka tidak bersedia untuk berperang dan pemimpin tenteranya kelihatan tidak cekap. Aberdeen dipaksa meletakkan jawatan awal pada tahun 1855 kerana reaksi awam terhadap berita itu. | UMUM | |
| AYAT SERU | Ayat seru ialah ayat untuk menyatakan perasaan gembira, sedih, marah, terkejut dan lain-lain. | BAHASA | Konsep |
| LATAH | LATAH. Suatu gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu hilang penguasaan terhadap kelakuan sendiri, suka meniru atau mengikut suruhan orang, sama ada kata-kata atau perbuatan dengan tidak disengajakan kerana terganggu, terperanjat atau terkejut. | BUDAYA | Penyakit |