Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.kem.bang] | ترکمبڠ

Definisi : terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.kem.bang] | ترکمبڠ

Definisi : terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkembang

Peribahasa

Jemur terkekar ayam tiba.

Bermaksud :

Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. terkekar = terkembang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAYAR TERKEMBANG

LAYAR TERKEMBANG, novel Indonesia karya Sutan Takdir Alisjahbana. Novel ini diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1936.

SASTERAKarya
BURUNG FRIGAT

Burung frigat ialah burung laut yang

mempunyai sayap yang terkembang luas dan

mempunyai keupayaan untuk terbang yang luar

biasa. Manusia kadangkala bercakap mengenainya

sebagai burung laut yang paling lembut.

UMUM 
PAINTED LADY

Painted lady ialah nama dua spesies rama-rama,

yang dinamakan demikian kerana corak kepaknya

yang menarik. Kepaknya lima sentimeter lebarnya

apabila terkembang dan mempunyai corak marmar.

Sebelah bawah kepaknya berwarna samar, kuning

pucat, perang, manakala sebelah atas kepaknya

berwarna perang jingga.

UMUM 

Kembali ke atas