Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ku.tu/] | ترکوتوق

Definisi : (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina,cela, dll): perbuatan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ku.tu/] | ترکوتوق

Definisi : ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau kepu­tusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ku.tu/] | ترکوتوق

Definisi : 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kutuk
Kata Terbitan : mengutuk, kutukan, terkutuk,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STYX

Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib

dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah

perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon,

seorang pendayung sampan, sering kali

diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang

telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa

mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai

suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah

tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan

menghabiskan masa selama sembilan tahun di

Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib.

Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di

kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai

Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir

terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus

masuk ke Alam Ghaib.

Lihat juga Charon; Hades; Tartarus.

UMUM 

Kembali ke atas