PARAMEDIK | Paramedik ialah pekerja perubatan yang terlatih yang mengambil tempat doktor dalam keadaan tertentu. | UMUM | |
TALLCHIEF, MARIA | Tallchief, Maria (1925– ), penari balet wanita Amerika yang pertama terlatih di peringkat antarabangsa. Dia terkenal khususnya kerana keunggulan teknikal tariannya. Tallchief memulakan penglibatan dengan menyertai kumpulan balet Ballet Russe de Monte Carlo dari tahun 1942 hingga 1947, tetapi kerjayanya lebih dikaitkan dengan New York City Ballet . | UMUM | |
ADAM | Adam ialah nama keluarga empat bersaudara berbangsa Scotland, Robert, James, John, dan William, yang kesemuanya terlatih sebagai arkitek. Robert Adam (1728–1792) memperkenalkan gaya Adam dalam reka bentuk dan hiasan dalaman Inggeris. James Adam (1730–1794) bekerja rapat dengan saudaranya Robert. | UMUM | |
SEMAFOR | Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan menggunakan sasaran atau bendera. Setiap kedudukan sasaran mempunyai makna yang dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu set arahan bendera yang standard boleh mengeja abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia , seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka dieja, tetapi beberapa arahan merupakan perkataan, seperti “kesilapan”, atau frasa. Terdapat juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G. Bendera Semafor digunakan oleh anggota angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan seminit. Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik). | UMUM | |
SARKAS | Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih memainkan peranan penting dalam kebanyakan sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan sementara kumpulan pancaragam dan penghibur dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi warna-warni dan keseronokan. | UMUM | |
AYUB KHAN, MOHAMMAD | Ayub Khan, Mohammad (1907–1974), pemimpin politik Pakistan. Dia lahir di Hazara, Provinsi Sempadan Barat Laut. Dia mendapat pendidikan di Aligarh Muslim University dan terlatih di Royal Military Academy, Sandhurst, di United Kingdom. Ayub Khan ditauliahkan di dalam Tentera British India pada tahun 1928. Semasa Perang Dunia II (1939–1945), dia bertugas di Burma. | UMUM | |
PERLUMBAAN | Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang bertanding dalam acara lumba lari, renang dan berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba kereta melibatkan manusia yang menunggang haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan merupakan antara sukan yang paling popular di dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di samping penonton yang menghadiri perlumbaan utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca televisyen. | UMUM | |
SYERIF DAN BAILIF | Syerif dan bailif. Di England dan Wales, high sheriff ialah ketua pegawai kerajaan di setiap kaunti. Di Scotland, syerif ialah hakim di mahkamah tempatan. Syerif Scotland ialah peguam terlatih dan mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes jenayah dan sivil. | UMUM | |
NERVI, PIER LUIGI | Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri yang praktik mestilah cantik dan anggun berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh berdasarkan pengiraan matematik berbanding dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula dikenali apabila dia menggunakan konkrit bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa teknik struktur dengan menggunakan konkrit. | UMUM | |
PERTEMPURAN AGINCOURT | Pertempuran Agincourt berlaku pada tahun 1415 antara tentera Inggeris dengan tentera Perancis berhampiran perkampungan Agincourt, di utara Perancis. Pasukan tentera Inggeris hanya mempunyai 13 000 tentera, tetapi merupakan angkatan tentera yang cukup terlatih dan mempunyai senjata yang paling lengkap sejak angkatan tentera Rom. Askar pemanah dan askar bertombak yang dibantu oleh sebilangan pasukan askar berkuda berjaya menewaskan kira-kira 50 000 askar Perancis. Pertempuran ini menandakan kejayaan besar yang ketiga bagi Inggeris dalam Perang Seratus Tahun. | UMUM | |