PYTHEAS | Pytheas ialah penjelajah Yunani yang hidup pada akhir tahun 300-an S.M. Pytheas terlepas daripada kepungan tentera laut Carthaginia di Gibraltar dan dapat meneruskan penjelajahannya ke pantai utara Eropah. Dia belayar mengelilingi Britain , dan menerokai kawasan tersebut. Pytheas mendengar banyak cerita tentang tanah bermisteri yang dikenal sebagai Thule, yang berkemungkinan Norway. | UMUM | |
NIELSEN, CARL AUGUST | Nielsen, Carl August (1865–1931), salah seorang penggubah Denmark yang agung. Sebahagian besar muziknya telah terlepas perhatian semasa hayatnya tetapi menjadi popular pada peringkat antarabangsa selepas kematiannya. | UMUM | |
NIRVANA | Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam setengah-setengah agama orang India, terutama Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang individu terhadap duniawi seperti gilakan kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan. | UMUM | |
NEMESIS | Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah lambang kepada semangat membalas dendam. Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini, perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat kepada pembalasan. | UMUM | |
MAT JENIN | MAT JENIN, cerita jenaka Melayu. Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan. Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa. Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya. Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam. Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing. Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau. Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah. Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja. Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa. Dia jatuh ke tanah lalu mati. | SASTERA | Karya |