| MIZORAM | Mizoram ialah negeri yang terletak jauh di timur laut India. Ia terletak di bahagian paling selatan di antara negeri bukit dan terletak di antara Myanmar di timur dan Bangladesh di barat. | UMUM | |
| TASIK CHAD | Tasik Chad ialah tasik yang terletak di bahagian tengah utara Afrika. Sebahagian besar daripadanya terletak dalam negara Chad dan yang lainnya terletak di Nigeria, Cameroon dan Niger. Untuk lokasi, lihat Chad (peta). | UMUM | |
| NORWAY | Norway ialah sebuah negara yang panjang dan sempit, terletak di tebing barat laut benua Eropah. Satu per tiga daripada kawasan utara Norway terletak di atas Bulatan Artik dan negara ini dinamakan Negara Matahari Tengah Malam. Oleh sebab kawasan ini terletak begitu jauh ke utara, ia mengalami musim panas yang panjang apabila matahari bersinar 24 jam sehari. Oslo, ibu negara Norway dan bandar terbesar, terletak di bahagian selatan negara ini. | UMUM | |
| SLIEVE BLOOM | Slieve Bloom ialah banjaran pergunungan di Ireland. Banjaran ini terletak di barat laut provinsi Leinster. Sempadan daerah Laois dan Offaly terletak di sepanjang rabung pergunungan ini. Slieve Bloom terdiri terutamanya daripada batu pasir Old Red. Puncak tertinggi, Arderin, terletak 528 meter di atas aras laut. | UMUM | |
| SABAH | Sabah ialah negeri yang terletak di Malaysia Timur. Sabah terletak di timur laut Kepulauan Borneo, bersempadan dengan negeri Sarawak di bahagian barat daya, Negara Brunei Darussalam di bahagian timur laut, dan wilayah Kalimantan, Indonesia di bahagian tenggara. Sabah dikelilingi oleh Laut Sulawesi di bahagian tenggara, Laut Sulu di timur laut dan Laut China Selatan di barat laut. Sabah mempunyai keluasan 711 kilometer persegi dan meliputi satu per sepuluh daripada keseluruhan Kepulauan Borneo. Ibu negerinya ialah Kota Kinabalu. | UMUM | |
| PORTUGAL | Portugal ialah negara yang terletak paling ke barat di benua Eropah. Ia terletak di Semenanjung Iberia. Sepanyol ialah jiran Portugal di bahagian utara dan timur yang juga meliputi sebahagian besar Semenanjung Iberia. Bahagian selatan dan barat Portugal pula menghadap Lautan Atlantik. Lisbon ialah ibu negara dan bandar raya Portugal yang terbesar. | UMUM | |
| SUDETENLAND | Sudetenland ialah satu kawasan yang terletak di cerun Pergunungan Sudeten. Ia terletak di Republik Czech, bersempadan dengan Bohemia, Moravia, dan Jerman. Pada suatu ketika dahulu, ramai orang Jerman yang tinggal di Sudetenland. Perjanjian Versailles dan St. Germain pada tahun 1919 menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada Czechoslovakia masa kini. Perjanjian Munich pada tahun 1938 menyerahkan kawasan tersebut dengan kawasan Czech yang lainnya kepada Jerman (lihat Perjanjian Munich). Pada tahun 1945, pihak Berikat mengembalikan semula Sudetenland kepada Czechoslovakia, dan penduduk Jerman disingkir dan digantikan dengan penduduk Czech dan Slovak. Pada tahun 1992, Czechoslovakia tidak lagi wujud dan negara-negara merdeka di Republik Czech dan Slovakia diwujudkan untuk menggantikannya. | UMUM | |
| NOTTINGHAM | Nottingham merupakan bandar perusahaan yang terletak di tengah England. Nottingham terletak di tebing utara Sungai Trent. Untuk lokasi bandar ini, lihat England (peta politik). Bandar ini adalah pusat pentadbiran bagi wilayah Nottinghamshire. | UMUM | |
| NATAL | Natal ialah sebuah provinsi yang terletak di Afrika Selatan dari tahun 1910 hingga tahun 1994. Ia terletak di pantai timur Afrika Selatan, bersempadan dengan Lautan Hindi. | UMUM | |
| TASIK GEORGE | Tasik George, terletak di New South Wales, Australia iaitu 32 kilometer di timur laut Canberra. Tasik ini terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut. Apabila tasik tersebut dipenuhi air, panjangnya kira-kira 25 kilometer dan lebarnya 10 kilometer dan meliputi suatu kawasan yang seluas 96 kilometer persegi. Tasik tersebut menjadi kering dari semasa ke semasa. Ketika paras hujan tinggi dan penyejatan rendah, Tasik George dipenuhi ikan dan boleh digunakan untuk perlumbaan bot. Pada ketika lain, tebingnya merupakan dataran berumput yang boleh dibajak untuk bercucuk tanam. Untuk lokasinya, lihat New South Wales (peta). | UMUM | |