Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENENTANGAN TUK JANGGUT

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENENTANGAN TUK JANGGUT, pemberontakan menentang British yang meletus pada bulan April 1915 di Pasir Puteh, Kelantan.  Kebangkitan ini merupakan penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British apabila British terlibat dalam pentadbiran Kelantan sejak tahun 1910.  kebangkitan ini dipimpin oleh Jaji Mat Hasan bin Munas, yang lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut.  Dalam gerakannya, Tuk Janggut mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan, pembesar dan kerabat diraja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PENGHIBURAN

1.25pt 0pt 0in" class=MsoNormal>PENGHIBURAN, majalah sastera.  Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak.  Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali.  Ia diterbitkan dua kali sebulan.  Penghiburan agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen.  Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama.  Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [lih. j. AHMAD NAWAWI MOHD. ALI]

SASTERAPenerbitan
PENGAJIAN MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI AMERIKA SYARIKAT, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pusat ini berkembang sesudah Perang Dunia Kedua.   Namun sebelum itu orang Amerika pernah menyumbang karya mereka dalam bidang pengajian Melayu.  Pengkaji Amerika pertama yang belajar bahasa Melayu ialah David Woodard yang ditawan di Sulawesi Tengah pada tahun 1793.  Laporan dan senarai kosa katanya diterbitkan di London pada tahun 1805.  Pada masa itu juga terdapat ramai pelaut Amerika yang lain terlibat dalam perdagangan lada hitam di Sumatera, dan surat mereka terkumpul dalam koleksi khusus di Amerika.

BAHASABahasa
ADAT PERKAHWINAN MANDAILING

ADAT PERKAHWINAN MANDAILING, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Mandailing di Sumatera, Indonesia. Perkahwinan di Mandailing ialah salah satu upacara adat paling besar yang disebut ‘horja godang’. Upacaranya memakan waktu yang lama dan biaya yang banyak. Ada tiga golongan utama terlibat secara langsung iaitu ‘kahanggi’ atau kaum kerabat seketurunan dengan pihak lelaki ayah ‘anak boru’, kelompok pihak lelaki yang mengambil anak gadis (keluarga/pihak mentua lelaki), dan ‘mora’, kelompok anak gadisnya telah diambil oleh pihak lelaki (keluarga/pihak mentua).

1">           

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas