Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lin.dung] | ترليندوڠ

Definisi : 1. tersorok, tersembunyi: per­buatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamat­kan (drpd bahaya dll), terselamat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lin.dung] | ترليندوڠ

Definisi : 1 tertutup oleh sesuatu hingga tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu; tersembunyi; tersorok. 2 tidak terkena apa-apa bahaya atau bencana; terselamat: Dia telah ~ drpd bencana itu dgn kehendak Allah jua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bujur lalu,
     lintang patah.

Bermaksud :

Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang terbujur lalu, yang terlindung patah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATLANTIC INTRACOASTAL WATERWAY

Atlantic Intracoastal Waterway (Jalan Air

Intrapantai Atlantik) ialah jalan air terlindung yang

digunakan oleh bot di sepanjang Pantai Atlantik di

Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada satu siri

sungai, muara, teluk, selat, dan serokan, yang

hampir kesemuanya dihubungkan oleh terusan.

UMUM 
MORTAR

Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang

digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang

terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar

menembak peluru pada lengkungan yang luas

dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia

mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras

yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih

rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar

adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai

kuasa tembakan yang tinggi.

UMUM 
OCHO RIOS

Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica

yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia

terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk

Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung

yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta

kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan

pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran,

hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang

dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan

yang menarik yang terletak berdekatan dengannya

termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh-

tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun

Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan

bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai

Dunn.

UMUM 
KELAWAR

Kelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh

terbang. Badan kelawar berbulu dan sayapnya

dilitupi kulit yang licin, dan fleksibel. Kebanyakan

spesies kelawar hidup di gua, bangunan, atau

tempat lain yang terlindung. Sesetengah spesies

hidup di atas pokok. Kelawar tidak banyak di

banyak kawasan kerana ia bertenggek di tempat

gelap dan keluar hanya pada waktu malam apabila

kebanyakan orang tidur. Kelawar tergantung kepala

ke bawah apabila ia berehat.

UMUM 
PETREL

Petrel adalah satu daripada sekumpulan besar

burung laut. Ia berkeliaran di semua lautan di

dunia. Petrel jarang datang ke daratan kecuali

semasa musim membiak, atau apabila ia ditiup

angin ribut ke pantai. Ia biasanya membuat sarang

di belebas yang terlindung atau dalam lubang di

sepanjang pesisir. Petrel berwarna hitam, kelabu

atau putih. Panjangnya berbeza-beza daripada kira-

kira 15 sentimeter hingga 90 sentimeter.

Sesetengah petrel mencari makanan dengan

menjunam ke dalam air. Tetapi kebanyakan petrel

terbang dekat dengan ombak dan mengambil

makanan dari permukaan air.

UMUM 
SIEGFRIED

Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan

Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang

muda, Siegfried memperoleh harta karun

Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung

yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga

membunuh seekor naga dan mandi dengan

darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau

bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di

bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu,

meninggalkan tanda yang tidak terlindung.

UMUM 
BOSTON

Boston (pend. 574 283; pend. kaw met. 2 870 669)

ialah ibu negeri Massachusetts, Amerika Syarikat

dan bandar raya yang paling besar di New England.

Ia juga merupakan pusat perniagaan, kewangan,

kerajaan dan pengangkutan yang terkemuka.

Pelabuhan Boston yang terlindung di sepanjang

Pantai Atlantik membantu menjadikan bandar raya

ini pelabuhan laut yang sibuk.

UMUM 
STOK

Stok ialah nama yang diberi kepada tiga bunga

taman yang berlainan. Stok berbau-malam

mengeluarkan bunga berwarna lilac berbau

harum yang kembang pada waktu petang. Tumbuhan

tahunan yang kecil dan bercabang ini berasal dari

selatan Eropah. Lenggainya mempunyai dua tanduk

yang ketara di hujungnya. Bunga stok Stok Virginia

adalah satu lagi tumbuhan tahunan yang mengeluarkan

bunga kecil yang berwarna putih, merah, atau lilac.

Tangkainya pendek dan lenggainya tidak bertanduk.

Stok Brompton atau stok biasa, tumbuh kira-kira 60 sentimeter

tingginya. Ia mengeluarkan bunga yang harum

berwarna putih, samar, merah, ungu, atau kuning.

Stok berasal dari selatan Eropah. Ia memerlukan

tempat yang mendapat cahaya matahari,

terlindung, dan tanah yang subur, agak beralkali.

UMUM 

Kembali ke atas