TERMODINAMIK | Termodinamik ialah kajian tentang pelbagai bentuk tenaga, seperti haba dan kerja, dan tentang penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada satu bentuk lain. Jurutera, ahli kimia, dan ahli fizik menggunakan prinsip termodinamik untuk memahami kejadian dalam alam semula jadi dan dalam aktiviti seperti mereka bentuk mesin dan mengira kehilangan atau pertambahan tenaga dalam tindak balas kimia. | UMUM | |
ENTALPI | Sifat sistem termodinamik yang boleh digunakan untuk mencirikan sekumpulan jirim atau sebuah peranti termodinamik yang dipisahkan daripada persekitarannya dengan sempadan tertentu. Terdapat dua jenis sifat termodinamik, iaitu sifat ekstensif dan sifat intensif. Sifat ekstensif bergantung pada jisim sistem, manakala sifat intensif bebas daripada ukuran jisim sistem. Entalpi ekstensif disimbolkan dengan huruf H, manakala entalpi intensif disimbolkan dengan huruf h. Unit bagi entalpi ekstensif H ialah kilojoule (kJ). Unit bagi entalpi intensif h pula ialah kJ/kg....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
NERNST, WALTHER HERMANN | Nernst, Walther Hermann (1864–1941), ahli kimia fizik Jerman, menerima Hadiah Nobel tahun 1920 dalam bidang kimia kerana formulanya hukum termodinamik ketiga (lihat Termodinamik ). Ukurannya tentang haba tentu bahan pada suhu rendah membuktikan bahawa hukum ini adalah sah. Nernst lahir di Briessen, Jerman. | UMUM | |
PLANCK, MAX KARL ERNST LUDWIG | Planck, Max Karl Ernst Ludwig (1858–1947) ialah ahli fizik teori Jerman yang menumpukan perhatian kepada kajian termodinamik. Dia tertarik dengan fenomena penyerapan dan pancaran haba dan bentuk tenaga sinaran yang lain. Pada tahun 1900, dia mengasaskan teori kuantum ketika mengemukakan hukum sinaran. Teori baru ini telah membawa pembaharuan dalam bidang fizik. Pada tahun 1918, Planck dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik. | UMUM | |