Ais ialah air yang beku. Suhu sejuk menyebabkan ais terbentuk di tasik dan sungai, dan di atas jalan dan laluan jalan kaki yang basah. Salji, hujan beku, fros, dan hujan air batu ialah ais, begitu juga glasier. Ais terjadi apabila suhu air tulen jatuh kepada 0°C. Suhu ini dikenali sebagai takat beku bagi air. Ia juga dirujuk sebagai titik ais, satu daripada dua titik tetap pada termometer. Air yang mengandungi bendasing, seperti alkohol, garam, atau gula, membeku pada suhu lebih rendah daripada air tulen. Bendasing yang sedemikian boleh ditambah pada air untuk mengelakkannya daripada membeku. Apabila bendasing dicampur pada ais, ia menyebabkan ais cair. |