MAKANAN TERNAKAN | Makanan ternakan ialah istilah bagi makanan yang diberikan kepada haiwan ternakan. Makanan pelawas (makanan kasar) yang digunakan termasuk kacang soya, kacang duduk, dan tumbuh-tumbuhan padang rumput ternak seperti rumput dan alfalfa. Sesetengah tumbuh-tumbuhan ini dikeringkan dan diberikan kepada haiwan ternakan sebagai rumput kering. Penternak sering mengawet keseluruhan pokok jagung dan lain-lain tanaman, dan menggunakannya sebagai makanan ternakan yang dikenali sebagai silaj . Bijian jagung, betari atau barli boleh dikisar dan dicampurkan dengan bahan lain untuk membuat satu lagi makanan ternakan. | UMUM | |
TERNAKAN | Ternakan adalah haiwan peliharaan jinak yang dipelihara untuk menghasilkan makanan dan hasil lain yang berharga. Kulit sesetengah ternakan menghasilkan bahan-bahan yang juga penting seperti barangan kulit dan bulu. Pelbagai organ ternakan menghasilkan ubat-ubatan bagi kegunaan orang ramai. | UMUM | |
AYAM ITIK | Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan jenis ternakan yang paling banyak dipelihara. Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa, ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis ternakan ini sangat berharga di negara-negara tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila adalah ternakan penting di Perancis, manakala petani di bahagian timur Eropah pula memelihara banyak angsa. | UMUM | |
SILO | Silo ialah tong simpanan untuk tumbuhan hijau yang dicencang yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. Silo membolehkan peladang membekalkan makanan yang berjus, sedap kepada haiwan ternakan sepanjang tahun. Sebelum silo direka, lembu menghasilkan kurang susu pada musim sejuk kerana tiada rumput hijau untuk dimakan. | UMUM | |
ANTRAKS | Antraks ialah penyakit berjangkit yang teruk yang menjangkiti binatang ternakan. Penyakit ini dapat juga dihidap oleh manusia. Ia berpunca daripada sejenis bakteria, iaitu Bacillus anthracis. Pada manusia, penyakit ini lazimnya bermula sebagai pekung pada kulit. Tetapi kumannya dapat juga disedut melalui udara dan menjangkiti paru-paru. Manusia mendapat penyakit ini melalui pendedahan kepada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan. Orang yang biasanya dijangkiti penyakit ini ialah penjual daging, pengembala, orang yang terlibat dengan kerja memproses benang bulu biri, dan doktor haiwan. Peraturan yang menetapkan cara menangani produk binatang berjaya mengurangkan berlakunya antraks pada manusia. | UMUM | |
OBREGÓN, ÁLVARO | Obregón, Álvaro (1880–1928) ialah askar, negarawan, dan peladang ternakan Mexico yang menggantikan Venustiano Carranza sebagai presiden Mexico, pada tahun 1920 (lihat Carranza, Venustiano ). Obregon adalah salah seorang pemimpin Revolusi Mexico yang paling berkebolehan. Dia dipilih semula menjadi presiden pada tahun 1928, tetapi dibunuh sebelum sempat menjawat jawatan itu. | UMUM | |
ALFALFA | Alfalfa ialah sejenis tanaman berharga yang ditaman khususnya sebagai makanan ternakan. Ia menggalakkan tumbesaran yang cepat dan kesihatan yang baik kepada haiwan, terutamanya lembu. | UMUM | |
OAT | Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang menanam oat terutamanya sebagai makanan haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok oat diproses dan digunakan dalam makanan seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin sarapan yang sedia dimakan. | UMUM | |
LADANG PASTURA | Ladang pastura ialah ladang rumput atau tanaman foraj untuk dijadikan makanan ternakan, sama ada digunakan untuk ragutan atau dipotong dan diberi makan secara segar kepada ternakan. | PERTANIAN | Konsep |
KLOVER | Klover ialah tanaman yang berharga yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan dan untuk memperkaya tanah. Ia mengandungi banyak protein dan mineral. Klover digunakan sebagai rumput ternak, dan untuk membuat rumput kering, dan silaj. | UMUM | |