MAYA | Maya ialah sejenis ilusi optik. Maya mungkin berlaku ketika seseorang sedang memandu dan ternampak sesuatu yang kelihatan seperti sekumpulan air di jalan berturap yang panas di hadapannya. | UMUM | |
TIERRA DEL FEUGO | Tierra del Feugo ialah nama gugusan pulau yang terletak di luar di hujung paling selatan di Amerika Selatan. Tierra del Feugo bermaksud Tanah api. Nama ini diberi oleh Ferdinand Magellan pada tahun 1520 kerana dia ternampak api di sepanjang pantai. Ketika penduduk asli yang tinggal di sini biasanya memasang banyak unggun api untuk memanaskan diri, Magellan sedang mencari laluan ke Pasifik. | UMUM | |
SANG NILA UTAMA | SANG NILA UTAMA ( – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura). Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba. Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik. Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik. Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda. Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka. Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa). Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana. Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348 | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MESIN PINTAL | Mesin pintal ialah mesin untuk memintal yarn. Seperti roda pintal, mesin ini juga dapat digerakkan dengan injakan kaki atau dengan tangan. Tetapi mesin pintal ini boleh memintal lebih daripada satu yarn pada satu-satu masa. Idea untuk memintal yarn secara berganda ini telah pun difikirkan oleh James Hargreaves, penenun Inggeris pada tahun 1764. Dia ternampak bahawa spindel yang tegak dalam roda pintal yang telah diterbalikkan akan terus berpusing. Pada tahun 1770, dia mempatenkan mesin yang berkeupayaan memintal 16 yarn pada satu-satu masa. | UMUM | |