Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ro.pong] | تروڤوڠ

Definisi : 1. tabung kecil drpd buluh dll, buluh, pembuluh, torak; ~ api sekerat buluh utk me-niup api, salung api; 2. alat utk melihat benda yg jauh-jauh atau benda yg halus-halus, keker; ~ asap pembuluh tempat asap keluar, corong asap; ~ bintang alat utk melihat bintang, teleskop; ~ corong = ~ hendap = ~ intip alat utk melihat sesuatu yg di atas air (dr kapal selam dll), periskop; ~ halus = ~ hama = ~ kuman = ~ tuma alat utk melihat benda-benda halus, mikroskop; ~ hati ki mata; ~ jauh alat utk melihat benda-benda yg jauh, teleskop; meneropong, meneropongi 1. melihat dgn teropong; 2. ki menyelidiki, memeriksai, meneliti: kita telah ~ apa yg telah terjadi pd bidang agama, politik dan ekonomi; peneropongan perbuatan meneropong; peneropong orang yg meneropong. terowong = terowongan gua yg dibina me-nembusi tanah atau bukit dll (utk dijadikan jalan keretapi dll), tembusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ro.pong] | تروڤوڠ

Definisi : alat berkanta yg digunakan utk melihat benda yg halus-halus atau benda yg jauh-jauh. ~ bintang teropong utk melihat bintang. ~ corong (hendap, intip) teropong spt yg digunakan dlm kapal selam utk melihat sesuatu di permukaan laut; periskop. ~ halus (hama, kuman) teropong utk melihat benda-benda yg halus, spt kuman. ~ jauh teropong utk melihat benda-benda yg jauh; teleskop. meneropong melihat dgn menggunakan teropong: ~ bulan. peneropong orang yg mene­ropong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teropong (kata nama)
Bersinonim dengan teleskop, periskop, binokular, mikroskop, keker, semperung;,
Kata Terbitan : meneropong, meneropongi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORFOLOGI TUMBUHAN

Morfologi  tumbuhan, kajian kepelbagaian rupa bentuk struktur, susunan dan perkembangan organisma melalui penglihatan mata, teropong atau kamera.

BIOLOGIKonsep
SCORPIO

Scorpio ialah buruj (kumpulan bintang) yang boleh

dilihat di kedua-dua hemisfera Utara dan Selatan.

Scorpio ialah lambang zodiak kelapan dan salah satu

buruj paling terang di langit. Dalam mitologi, Scorpio

melambangkan serangga yang menyebabkan

kematian Orion. Buruj ini terdiri daripada suatu

barisan panjang bintang yang cerah yang

menyerupai bentuk kala jengking. Ia mempunyai

bahagian tengah berwarna merah yang ditandai oleh

bintang raksasa merah yang cerah iaitu Antares.

Sengatnya ditandai oleh bintang Lambda Scorpii,

yang juga dikenali sebagai Shaula , iaitu nama yang

berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

“sengat”. Buruj ini mengandungi bintang lota yang

kilauannya kira-kira 200 000 kali lebih kuat daripada

matahari. Scorpion jelas terpampang pada latar

belakang Bima Sakti dan mengandungi beberapa

gugusan bintang yang menakjubkan. Ini termasuk

M4 (berhampiran Antares), iaitu objek yang dapat

dikenal pasti dengan mudah melalui teropong, dan

M6 dan M7, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Matahari melintasi buruj ini dalam masa yang singkat

pada minggu akhir bulan November.

Lihat juga Astrologi; Astronomi; Zodiak.

UMUM 

Kembali ke atas