Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa.kai] | ترڤاکاي

Definisi : 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pa.kai] | ترڤاکاي

Definisi : sudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Buah pedada dimakan kera,
     Jatuh ke pantai dimakan tupai;
Kalau hayatku salah ada,
     Sudilah juak bunga terpakai.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUADRILION

Kuadrilion ialah ribu juta juta di Amerika Syarikat

dan Perancis. Maksud ini juga terpakai dalam

ensiklopedia ini. Satu kuadrilion mempunyai 15

sifar, iaitu 1 000 000 000 000 000.

UMUM 
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU, undang-undang yang dipakai di negeri Terengganu sejak tahun 1911.  Undang-undang ini dibuat pada 2 November 1911 ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.  Undang-undang ini juga dikenal sebagai Perlembagaan Negeri Terengganu 1911.  Ia adalah satu-satunya undang tertinggi yang terpakai di seluruh kerajaan Terengganu dalam hal yang berkaitan dengan kesultanan dan kedaulatan, pentadbiran dan pengurusan negeri berkenaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia.  Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu.  Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam.  Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya.  Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak.  Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu.  Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas