Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpanjang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI YANGTZE

Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang

ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan

yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi

kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze

dikenali sebagai Chang Jiang, atau sungai panjang.

Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di

Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras

laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan

kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia

mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi

Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut

haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian

tengah China dan memasuki Laut China Timur,

6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan

cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira

1 829 000 kilometer persegi.

UMUM 
SUNGAI MISSISSIPPI

Sungai Mississippi adalah antara sungai yang

utama di Amerika Utara dan merupakan sungai yang

kedua terpanjang di Amerika Syarikat. Sungai

Missouri adalah sungai yang terpanjang. Sungai

Mississippi sepanjang 3766 kilometer dari barat laut

Minnesota ke Teluk Mexico. Sungai Mississippi dan

anak sungai mengairi hampir kesemua dataran yang

terletak di antara Banjaran Appalachian dan Banjaran

Rocky. Lembangan saliran ini meliputi kawasan

seluas 3 230 490 kilometer persegi dan termasuklah

kawasan pertanian dan perindustrian yang paling

produktif di Amerika Syarikat.

UMUM 
SUNGAI COLUMBIA

Sungai Columbia ialah salah satu sungai utama

di Barat Amerika Syarikat dan Kanada. Ia sungai

kedua terpanjang di Hemisfera Barat yang

mengalir ke Lautan Pasifik. Sungai terpanjang ialah

Sungai Yukon. Panjang Sungai Columbia ialah 1954

kilometer. Ia menyaliri kawasan seluas kira-kira 670

800 kilometer persegi, kebanyakannya di Amerika

Syarikat.

UMUM 
SUNGAI HWANG HOSungai kedua terpanjang di China.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
TAY

Tay ialah sungai yang terpanjang di Scotland yang

mengalir sejauh 190 kilometer dari puncanya ke

Laut Utara. Sungai ini berpunca sebagai Sungai

Cononish di Ben Lui di Scotland Tengah dan

mengalir melalui Strath Fillan. Kemudian sungai ini

mengalir terus sebagai Sungai Dochart di celah

gunung-ganang dan mengalir masuk ke Tasik Tay.

Di sini sungai ini menjadi Sungai Tay dan mengalir

berliku-liku melalui Aberfeldy, Dunkeld, dan Perth

lalu masuk ke Teluk Tay.

UMUM 
SUNGAI SEVERN

Sungai Severn, sungai terpanjang di United

Kingdom bermula dari kawasan tanah tinggi

Pumlumon (Plynlymon), di kawasan tengah Wales

dan mengalir sepanjang 350 kilometer ke Terusan

Bristol.

UMUM 
SUNGAI RAJANG

Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Sungai sepanjang 563 kilometer ini berpunca dari

banjaran gunung yang berhampiran dengan

sempadan Sarawak dari Indonesia. Ia terdiri

daripada dua cabang utama iaitu Sungai Baleh dan

Sungai Balui. Panjang sungai ini adalah satu per

lima daripada panjang Sungai Amazon (Amerika

Selatan) dan Sungai Yangtze, dan hampir satu per

tiga panjang Sungai Danube.

UMUM 
SUNGAI NIL

Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia. Ia

mengalir sepanjang 6671 kilometer melalui timur

laut Afrika. Sungai Nil berpunca berdekatan Garisan

Khatulistiwa dan mengalir ke Laut Mediterranean.

Sungai ini mengairi kira-kira 2.4 juta hektar tanah di

Mesir dan kira-kira 1.1 juta hektar di Sudan.

UMUM 
SUNGAI MISSOURI

Sungai Missouri ialah sungai terpanjang di

Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir 4090

kilometer dari puncaknya di Red Rock Creek di

barat daya Montana hingga ke muara Sungai

Mississippi. Sungai Missouri mengairi kawasan

seluas kira-kira 1 371 100 kilometer persegi.

Lembangan saliran ini meliputi keseluruhan atau

sebahagian daripada 10 negeri di Amerika Syarikat

dan dua provinsi di Kanada. Sungai ini adalah

berlumpur. Penjelajah awal dan Orang Asli Amerika

menamakannya Big Muddy dan peladang

menyifatkannya sebagai “terlalu tebal untuk

diminum dan terlalu nipis untuk dibajak”. Sungai

Missouri diberi nama sempena nama Orang Asli

Missouri, salah satu puak yang tinggal berhampiran

dengan muara sungai ini.

UMUM 
SUNGAI EUPHRATES

Sungai Euphrates ialah sungai terpanjang di

barat daya Asia. Ia sepanjang kira-kira 2736

kilometer dan membentuk sebahagian sistem

Sungai Euphrates–Tigris yang bersejarah.

UMUM 
12345

Kembali ke atas