Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik, dan ahli sains Yunani yang merupakan salah seorang ahli fikir yang paling agung dan paling berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau purba yang paling terpelajar dan paling berilmu. Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan pembangunan pemikiran Yunani sebelum zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik, dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua orang ahli falsafah Yunani purba yang paling penting. |