SURREY | Surrey ialah kaunti Inggeris yang terletak di selatan London yang mempunyai pemandangan yang indah dan bangunan-bangunan lama yang masih terpelihara dengan baik. Amanah Kebangsaan memiliki sesetengah bahagian kaunti ini. Surrey mempunyai kaitan dengan ramai tokoh terkenal. Tokoh reformasi, William Cobbett dan ahli ekonomi, Thomas Malthus lahir di Surrey. | UMUM | |
EPIDAURUS | Epidaurus ialah tapak beberapa puing binaan Yunani purba, termasuk sebuah teater terbuka yang masyhur. Teater ini dibina kira-kira pada tahun 200-an SM, dan antara teater Yunani purba yang paling baik terpelihara. | UMUM | |
OFFA'S DYKE | Offa’s Dyke ialah kubu tanah purba di antara England dengan Wales. Ia terdiri daripada sebatang parit dan baluarti yang diperbuat daripada tanah. Pada masa dahulu Offa’s Dyke pernah menganjur kira-kira 225 kilometer panjang, dari muara Sungai Dee di utara hingga ke muara Sungai Wye di Selatan. Kebanyakan tinggalannya masih kelihatan sekarang. Bahagian yang paling terpelihara terletak di antara Presteign dengan Montgomery. Offa’s Dyke dinamakan sempena nama Offa, raja Mercia, yang membinanya antara tahun 784 M. hingga tahun 796 M. sebagai pertahanan terhadap serangan orang Celt dari Wales. | UMUM | |
RESIN | Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan, sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan resin semula jadi sebahagian besarnya telah digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin, Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil yang dijumpai terpelihara bersama dengan tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak . | UMUM | |
SULGRAVE MANOR | Sulgrave Manor ialah sebuah estet di Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai tempat tinggal nenek moyang George Washington, presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence Washington membina rumah manor tersebut pada tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun perdamaian antara Great Britain dengan Amerika Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut dengan perabot dan membaiki bahagian dalam bangunan itu. | UMUM | |
SAJAK PROTES | SAJAK PROTES, sajak yang memperlihatkan sikap penentangan dan kurang senang penyair terhadap sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat yang ada hubungannya dengan keadaan sosioekonomi dan politik. Sajak protes mula berkembang di Malaysia pada tahun 1966. Suara penyair yang lantang dan berterus terang, menyebabkan nilai seni sajak tidak terpelihara. | SASTERA | Konsep |