Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pen.dam] | ترڤندم

Definisi : 1. tertanam (tersimpan) dlm tanah dll; 2. tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dll): puisi Rustam Effendi adalah kekayaan yg lama ~, tidak banyak diketahui oleh masyarakat; 3. tersimpan dlm hati dll: tidak disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan apa yg tersimpan atau ~ dlm hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pen.dam] | ترڤندم

Definisi : 1 tertanam atau tersimpan di dlm tanah. 2 tersimpan di dlm hati: Hal itu sudah lama ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendam
Kata Terbitan : memendam, terpendam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONT PELÉE

Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di

bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat

Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut.

Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902,

selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah

lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan

cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter

terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak

menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu

runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas

mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint-

Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh.

Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam

bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan

Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung

berapi di atas Mont Pelée.

UMUM 
SAMALINDANG

SAMALINDANG, tarian suku kaum Brunei yang menetap di Sabah.  Nama tarian ini diambil daripada dua perkataan iaitu ‘samar’ dan ‘rindang’.  Perkataan ‘samar’ bermaksud kurang jelas, kabur dan tersembunyi.  Manakala ‘rindang’ pula membawa maksud rindu.  Dengan itu wujudlah perkataan samalindang iaitu rindu yang terpendam atau rindu secara sembunyi-sembunyi.  Perkataan samalindang sebenarnya wujud daripada perkara samarlindang.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas