NIETZSCHE, FRIEDRICH | Nietzsche, Friedrich (1844–1900), ahli falsafah, pemuisi, dan sarjana klasik Jerman. Ramai ahli falsafah, penulis, dan ahli psikologi pada tahun 1900- an amat terpengaruh dengannya. | UMUM | |
AUSTRALIND | Australind ialah sebuah kawasan serokan di Leschenault, yang terletak kira-kira 145 kilometer di selatan Perth, Australia. Australind terkenal sebagai tempat yang tidak berjaya diduduki pada tahun 1841 dan tahun 1845. Terpengaruh dengan teori Edward Gibbon Wakefield, ahli perniagaan di London menubuhkan Syarikat Australia Barat dan membeli tanah tersebut. Mereka kemudian menjualnya sebagai tanah pertanian kepada orang yang hendak menaklukinya, dan menggunakan wang tersebut untuk membayar kos perpindahan buruh. Penduduk pertama yang menduduki tanah tersebut mendapati kawasan tersebut tidak sesuai untuk pertanian. Dalam tempoh lima tahun, Australind telah ditinggalkan. | UMUM | |
MUZIK ARAB | Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain. Bahkan mereka juga menulis pengetahuan mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada masa yang sama muzik Arab juga banyak mempengaruhi muzik-muzik kawasan berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi muzik-muzik di negara-negara Eropah. | UMUM | |
MUHAMMAD RASHID RIDA | Muhammad Rashid Rida (1282 H.–1354 H./ 1865 M.–1935 M.), tokoh modenisasi dan pemikir Islam di Mesir dan dunia Arab. Nama penuhnya ialah Muhammad Rashid ibn ‘Ali Rida Shams al-Din ibn Muhammad Baha’ al-Din. Muhammad Rashid Rida ialah penulis yang mahir dalam bidang hadith, sastera, sejarah dan tafsir. Dia lahir di kampung al-Qalamun berdekatan Tarablus, di Syam dan merupakan anak murid kepada Husayn al-Jasar, penulis kitab al-Risalah al-Hamidiyyah. Muhammad Rashid Rida menerima ijazah pada tahun 1897 dan terpengaruh dengan aliran pemikiran Jamalaluddin al-Afghaniy serta Muhammad ‘Abduh dalam penulisannya melalui majalah al’Urwah al-Wuthqa. | UMUM | |
OSMAN ABADI | OSMAN ABADI (1930 – 1992), wartawan dan penulis skrip filem Melayu. Dia lahir pada 2 Mac 1930 di Raub, Pahang. Nama sebenarnya ialah Osman bin Mahmud Baginda. Dia mendapat pendidikan awal di Raub. Bapanya seorang tokoh nasionalis Pahang dan Osman banyak terpengaruh dengannya. Sejak dibangku sekolah lagi dia telah menunjukkan minat dalam bidang penulisan terutama rencana, puisi dan cerpen. Minatnya itu mendorong Osman Abadi menjadi pemberita sambilan Utusan Melayu yang ketika itu beribu pejabat di Singapura. | BUDAYA | Tokoh |
HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD | HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD (1873 – 1939), ulama tasawuf. Dia lahir pada tahun 1873. Dia melanjutkan pelajaran ke Makkah selepas ayahnya, Tuan Tabal meninggal dunia. Sewaktu berada di sana, Haji Wan Musa bukan sekadar mengikuti perkembangan politik tetapi turut terpengaruh dengan pandangan ilmu fikah yang terdapat dalam majalah keluaran ulama Islah. Sejak awal abad ke-20, dia mempunyai tanggapan bahawa untuk memajukan ilmu fikah dan umat Islam, pendekatan bertaklid buta pada kitab karang ulama tradisional negeri Kelantan perlu dihentikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JAMAAT TABLIGH | JAMAAT TABLIGH, gerakan dakwah Islamiah. Gerakan ini diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944), yang berasal dari Kandhela, India. Dia mendapat pendidikan awal di Kuttub dan pernah berguru dengan Maulana Rashid Ahmad Gungohi di Gungoh (1908) dan belajar di Darul Ulum, Deoband (1908). Pada tahun 1910, dia mengajar di Madrasah Mazhar al-Ulum di Baharanpur. Dia adalah pengikut dan pengamal tasawuf melalui tarekat Cistiyah daripada cabang Sabiriyah dan terpengaruh oleh ajaran tarekat Naksyabandiyah, Qadiriyah dan Suhrawardiyah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |