SINABAR | Sinabar ialah bijih raksa yang terpenting. Ia membekalkan kebanyakan bekalan raksa dunia. Sinabar ialah mineral berwarna merah terang yang mengandungi sulfur dan juga raksa. Ahli sains menamakannya sulfida raksa dan simbol kimianya ialah HgS. Sinabar biasanya terdapat dalam jisim tanah atau bertaburan dalam baiduri. Ia jarang wujud sebagai hablur. Bijihnya didapati kebanyakannya dekat permukaan bumi, yang dekat dengan batu gunung berapi dan mata air panas. Mendapannya terdapat di China, Slovenia, Sepanyol, dan Amerika Syarikat. Lihat juga Mineral (gambar). | UMUM | |
SENI BINA RENAISSANCE | Aliran seni bina yang terpenting dan berpengaruh dalam sejarah seni bina Barat. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
PETROL | Petrol adalah satu daripada bahan api terpenting yang digunakan untuk pengangkutan. Kebanyakan petrol digunakan dalam enjin yang menggerakkan kereta dan trak. Enjin petrol juga menggerakkan kenderaan dan mesin seperti kapal terbang, motobot, traktor dan mesin rumput. Petrol kadangkala dikenali sebagai gasolin. | UMUM | |
OKINAWA | Okinawa ialah pulau yang terbesar dan terpenting di Kepulauan Ryukyu, lingkaran pulau di Lautan Pasifik Utara. Okinawa meliputi kawasan seluas 1434 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 1 048 298 orang. Naha, ibu negeri dan bandar terbesar di Kepulauan Ryukyu, terletak di Okinawa. Okinawa ialah pulau yang terbesar di prefecture (daerah) Okinawa Jepun. Daerah ini turut meliputi Kepulauan Ryukyu selatan. Hampir kesemua penduduk daerah ini tinggal di Okinawa. | UMUM | |
ARCHON | Archon ialah ketua pegawai pentadbiran yang terpenting di Athens purba. Selepas tahun 683 S.M., setiap archon memegang jawatan selama setahun. Pada mulanya archon terdiri daripada golongan bangsawan yang kaya-raya dan mereka dipilih menjadi archon. Selepas tahun 487 S.M., archon dipilih melalui undi. Pegawai-pegawai yang lain ialah raja , polemarch dan enam orang thesmothetae . Pegawai ini kadangkala dikenali juga sebagai archon. Lihat juga Areopagus. | UMUM | |
SUNGAI RHINE | Sungai Rhine ialah jalan air pedalaman yang terpenting di Eropah. Panjang sungai ini lebih kurang 1320 kilometer dan merupakan saliran air bagi kawasan yang luasnya lebih kurang 224 600 kilometer persegi. Sungai ini bermula di sebelah timur Switzerland. Ia membentuk sebahagian sempadan Switzerland, Liechtenstein, Austria, Perancis, dan Jerman. Sungai ini mengalir melalui Jerman dan Belanda dan masuk ke Laut Utara. Walaupun terdapat beberapa masalah pencemaran daripada bahan buangan perindustrian, sebahagian Sungai Rhine ini amat cantik dan menarik banyak pelancong. Bagi orang Jerman, Sungai Rhine merupakan lambang sejarah kebangsaan mereka. Beberapa legenda orang Jerman berkait dengan sungai ini. | UMUM | |
MEDAN | Medan (pend. 1 715 670 ) ialah bandar terpenting di Sumatera dan bandar keempat terbesar di Indonesia. | UMUM | |
SENI LUKIS | Seni lukis adalah satu daripada seni yang tertua dan terpenting. Sejak zaman prasejarah, artis telah menyusun warna pada permukaan dengan cara untuk menyatakan idea mereka tentang manusia, dunia, dan agama. Lukisan yang dicipta oleh artis bernilai tinggi bagi manusia. Ia memberikan keseronokan dan maklumat kepada manusia. | UMUM | |
SUNGAI SALWEEN | Sungai Salween, juga dikenali sebagai Salwin, ialah sungai yang terpenting di Burma. Sungai ini berpunca dari timur Tibet dan mengalir melalui bahagian timur Burma ke Teluk Benggala lalu masuk ke lautan berdekatan dengan Moulmein. Panjang sungai ini ialah 2414 kilometer dan ia menyaliri bahagian timur Burma serta bahagian barat Thailand. Sebagai jalan air komersial, nilainya tidaklah besar sebab sebahagian besar sungai ini mengalir melalui sebuah jurang. Di bahagian hilir sungai ini amat penting untuk pengairan tanaman. | UMUM | |
SUNGAI SAINT LAWRENCE | Sungai Saint Lawrence ialah salah satu sungai yang terpenting di Amerika Utara dan sungai kedua terpanjang di Kanada selepas Sungai Mackenzie. Sungai St. Lawrence mengalir sejauh 1320 kilometer dari hulunya di Tasik Ontario hingga ke muaranya di Teluk St. Lawrence. Sungai ini menyalirkan air di kawasan seluas 1 291 100 kilometer persegi, termasuk sebahagian besar kawasan tenggara Kanada. | UMUM | |