Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.rang.kap] | ترڤرڠکڤ

Definisi : 1. kena perangkap, terku­rung, tertangkap: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yg ~ dlm lombong; 2. terpedaya, tertipu: Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.rang.kap] | ترڤرڠکڤ

Definisi : 1 kena tangkap dgn perangkap; masuk ke dlm perangkap. 2 ki tertipu; terpedaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangkap (kata nama)
Bersinonim dengan jerat, jebak, simbat, lapun, apit-apit, lapoi;,
Kata Terbitan : memerangkap, terperangkap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 
MONT PELÉE

Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di

bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat

Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut.

Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902,

selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah

lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan

cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter

terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak

menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu

runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas

mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint-

Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh.

Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam

bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan

Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung

berapi di atas Mont Pelée.

UMUM 

Kembali ke atas