MARIKH | Marikh ialah satu-satunya planet yang permukaannya boleh dilihat secara terperinci dari bumi. | UMUM | |
MALAYA | Malaya ialah nama lama bagi Semenanjung Malaysia – kawasan Malaysia. Untuk terperinci lihat Malaysia. | UMUM | |
STRAND, PAUL | Strand, Paul (1890–1976) ialah jurugambar Amerika yang membantu menjadikan fotografi sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia menolak gaya mengambil foto yang kabur dan terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu akhir tahun 1800-an. | UMUM | |
NOTA KAKI | Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan atau idea yang mungkin mudah disalahertikan, tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan ayat dan membebaskannya daripada fakta yang berlebihan. | UMUM | |
ALLEN, HERVEY | Allen, Hervey (1889–1949), pengarang Amerika yang paling terkenal kerana novel roman sejarahnya Anthony Adverse (1933). Tulisan Allen kaya dengan sejarah yang terperinci berdasarkan kajian mendalamnya terhadap zaman Napoleon. | UMUM | |
SURAH NUH | Surah Nuh ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-71 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan Nuh kerana ia membincangkan dengan terperinci kisah Nabi Nuh a.s., semenjak bermula dakwahnya sehingga berakhir dengan peristiwa taufan. Allah S.W.T. menenggelamkan orang-orang yang mendustakan Nuh a.s. dari kalangan kaumnya. | UMUM | |
PERUBATAN | Perubatan . Bidang perubatan merupakan sains dan kepakaran tentang kajian penyakit, penyembuhan serta pencegahannya. Perubatan boleh dianggap salah satu cabang ilmu kerana ia berdasarkan pengetahuan yang diperolehi melalui kajian yang teliti dan uji kaji secara terperinci. Ia boleh dianggap satu seni kerana ia bergantung pada kemahiran para doktor atau sesiapa yang terlibat dalam perkhidmatan ini dalam menggunakan ilmu yang ada ketika merawat pesakit. | UMUM | |
MAHKAMAH TENTERA | Mahkamah tentera memutuskan kes perundangan yang berkaitan dengan anggota perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera mengikut kaedah perundangan yang biasa. Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat, banduan-banduan diberi peguam bela yang terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk menyediakan kes mereka sendiri. | UMUM | |
SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI | DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI, sebuah buku yang mengandungi huraian terperinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaan Jawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan (dipungut, dikumpulkan, disusun dan diatur) oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 1949 di Gudang Cap Printers Limited, Singapura, dan tergolong dalam siri ‘The Malay School Series No. 31’. | BAHASA | Karya |