KAMUS | Kamus ialah buku yang mengandungi senarai perkataan terpilih yang disusun mengikut abjad. Ia menerangkan makna perkataan dan memberi maklumat tentangnya. | UMUM | |
ABDUL GHANI MINHAT | Abdul Ghani Minhat (1935- ) pemain bola sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah dia terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya, Princess Road School, di Kuala Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2, dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun 1956, Ghani membantu Selangor menewaskan Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya. | UMUM | |
SYLVIA NG | Sylvia Ng (1950– ), pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada tahun 1950 di Johor Bahru. Nama sebenarnya ialah Ng Meow Eng. Sylvia merupakan juara kebangsaan badminton sebanyak enam kali, iaitu bermula pada tahun 1972. Dia juga terpilih sebagai pemain badminton terbaik negara pada tahun 1970, 1973 dan 1974. | UMUM | |
MERPATI PULANG | Merpati pulang ialah merpati baka khas yang dihasilkan untuk perlumbaan dan membawa utusan. Merpati ini boleh dilatih untuk pulang ke sarangnya apabila ia dilepaskan dari tempat jauh. Keupayaannya untuk pulang telah dipertingkatkan bagi melalui pembiakan baka yang terpilih. | UMUM | |
AGAMA YAHUDI | Agama Yahudi, salah satu agama samawi. Agama Yahudi diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi yang terpilih menjadi rasul dan menyeru manusia mentauhidkan Allah di samping agama Kristian dan Islam. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
MAHMUD HAMDIY AL-FALAKI | Mahmud Hamdiy al-Falaki (1230 H.–1302 H./ 1815 M.–1885 M.), jurutera daripada kalangan ulama Mesir. Nama sebenarnya ialah Mahmud Ahmad Hamdiy dan lebih dikenali sebagai Mahmud Hamdiy. Dia lahir di bahagian barat Mesir, mendapat pendidikan di Iskandariah dan selepas itu menyambung pelajaran di Kaherah. Dia terpilih menjadi guru di sekolah al- Muhandiskhanah . Pada tahun 1845 M., kerajaan Mesir menghantarnya ke Eropah dan kembali ke Mesir pada tahun 1860 M. | UMUM | |
HUJAN PAGI | HUJAN PAGI, novel karya Sasterawan Negara A. Samad Said yang terbesar sesudah Salina. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 dan terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera 1986/1987 bahagian novel. Novel Hujan Pagi diterbitkan semula oleh penerbit yang sama sebagai Edisi Khas Sasterawan Negara sejumlah 15 000 naskhah pada tahun 1988. | SASTERA | Karya |
RAJA AISYAH RAJA SULAIMAN | RAJA AISYAH RAJA SULAIMAN (1889-1924), penulis. Dia lahir pada tahun 1889 di kompleks istana, tempat yang sekarang dikenal sebagai Kampung Baru, Pulau Penyengat. Dia ialah cucu Raja Ali Haji (1809-1870). Raja Aisyah mendapat pendidikan dan asuhan yang ketat dan sempurna daripada inang-inang yang terpilih. Selain mewarisi tabiat suka membaca buku sejak kecil, dia juga terdedah kepada suasana pembacaan hikayat dan pendendangan puisi di istana. Dari situlah juga Raja Aisyah mempelajari teknik bercerita. | SASTERA | Tokoh |
MUSAFIR | MUSAFIR , novel karya Hassan Ali. Novel ini memenangi tampat kedua Peraduan Mengarang Novel Dewan Bahasa dan Pustaka 1958. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959, dan terpilih sebagai teks sastera sekolah menengah. Hingga tahun 1993, Musafir telah diulang cetak sebanyak 13 kali. | SASTERA | Karya |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |