Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang tanah yang memanjang (terletak di tanah besar Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga kilometer hingga lapan kilometer lebar. |