Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sa.lah] | ترساله

Definisi : 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersalah

Puisi
 

Selasih hidup di bawah titi,
     Makan bersama buah papaya;
Kasih datuk tersalah beri,
     Orang tidak menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.

Bermaksud :

Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOVA

Nova merupakan letupan yang menyebabkan

sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga

mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan

matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah

itu selama sebulan atau lebih lama sebelum

beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang

asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan

debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud baru.

Manusia pernah tersalah tanggap kerana

menyangka nova sebagai bintang baru.

UMUM 

Kembali ke atas