Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah gerakan pembaharuan yang bermetodologikan tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi. Ia merupakan gabungan cara pendekatan al-Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab dengan beberapa unsur baik yang terdapat dalam tarekat sufi. Oleh sebab itu, tarekat ini tidak mendapat sebarang tentangan dari para pengikut Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al- Wahhab yang tinggal di Hijaz. Tarekat ini kemudiannya dipimpin oleh anaknya, al-Mahdiy yang berjaya menyempurnakan tugas ayahnya. Dia mengadakan banyak majlis-majlis sufi ( zawiyah ) sehingga pengaruhnya tersebar luas ke seluruh pelosok negara. Kehebatannya menyebabkan pihak penjajah memerhati pergerakannya. Oleh yang demikian, al-Mahdiy terpaksa berpindah dari Wahah Zaghbub ke Kafrah, kawasan pedalaman yang berpadang pasir. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat yang cuba menghuraikan perpindahan ini. |